Isnin, 26 Disember 2011

Fuuuyoooo........Jambatan plastik


Mempunyai kepanjangan 30 meter   dan dihasilkan sepenuhnya menggunakan produk plastik terpakai, jambatan merentasi sungai Tweed di Peeblesshire, Scotland ini mencipta rekod baru dalam dunia pembinaan.

Dibina menggunakan bahan komposit plastik berketahanan tinggi yang ditemui dalam botol minuman dan barangan plastik terpakai lain, jambatan itu boleh digunakan oleh pejalan kaki, kereta dan kenderaan besar yang membawa muatan berat.

Plastik juga lebih tahan lama berbanding bahan binaan jambatan seperti besi, balak dan konkrit.

Satu teknologi yang sangat berguna dan mesra alam.
Kalau dulu jambatan plastik ialah jambatan mainan tapi sekarang dah jadi jambatan betul.

miecyber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...