Sabtu, 24 Disember 2011

Fakta Tentang Jagung

Popcorn, keropok, aiskrim, roti dan pelbagai lagi jenis makanan lazat diperbuat daripada jagung. Jagung antara kesukaan aku tidak kira sama ada direbus dan dibakar. Buat jemput-jemput pun sedap! Biasanya kita hanya tahu makan, tak pernah ambil tahu khasiat yang terkandung di dalamnya. Hari nie aku nak share sikit tentang kelebihan jagung.




Jagung adalah tumbuhan yang hidup di setiap benua kecuali benua Antartika.
Jagung atau nama saintifiknya ‘Zea mays’ berasal dari keluarga rumput Gramineae. Jagung merupakan sejenis bijirin yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan. Jagung muda kaya dengan protein, beta-kerotina, vitamin A, B1, B6, C dan K, kalsium, fosforus, zat besi, serat tinggi dan mengandungi sejenis minyak bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan.

Lagi fakta tentang Jagung :
  • Fosil biji jagung telah ditemui di Mexico City dan dipercayai tumbuh sejak 80 ribu tahun lalu.
  • Jagung mula ditanam oleh kaum Mayan, Aztec dan Indian inca sejak 5,600 tahun dulu.
  • Orang Indian Inca mengunyah daun jagung muda seperti mana mengunyah gula-gula getah kerana rasanya yang manis.
  • Jagung juga telah dijadikan bahan membuat arak sejak dahulu kala.
  • Jagung mempunyai kalori yang rendah dan mengandungi banyak serat dan baik untuk sesiapa yang berdiet. Ia mengandungi Vitamin A,C, magnesium, potassium dan folsin.
  • Jagung yang ditumbuk boleh dijadikan ‘mask’ untuk muka. Ia boleh menutup liang-liang roma dan menegangkan kulit muka.
  • Jagung yang dijadikan makanan ringan untuk sarapan pagi (cereal) mula diperkenalkan pada tahun 1860-an oleh sebuah syarikat yang diberi nama American Seventh-day Adventists. Ia diperkenalkan khusus para ‘vagetarian’.
  • Tongkol jagung berguna untuk mengubati pendarahan pada luka.
  • Bulu jagung yang berwarna kuning keemasan boleh dituam pada luka dan mengelakkan daripada bernanah. Selain itu juga berguna untuk paru-paru yang lemah dan dapat mengurangkan tekanan.
  • Dengan memakan jagung, ia dapat membantu dalam memperkuatkan tulang ,gigi,dan rambut
  • Tanaman jagung boleh diolah menjadi ethanol yang digunakan untuk bahan bakar.
puankutu

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...