Khamis, 29 Disember 2011

SBPA JPA 2012 : Beberapa Penambaikan Dalam Skim SBPA 2012 Termasuk Dasar Exit Policy & LNPT!

sbpa 2012 SBPA JPA 2012 : Beberapa Penambaikan Dalam Skim SBPA 2012 Termasuk Dasar Exit Policy & LNPT!!

Semalam hasil perbincangan yang panjang lebar antara JPA dan Cuepacs berkenaan beberapa penambaikan dalam SBPA JPA ini, beberapa persetujuan telah dicapai. Antaranya ialah…

Terma-terma Yang Lama SBPA JPA:

  • Kalau prestasi kakitangan awam di bawah 75 markah maka tak ada kenaikan gaji berlaku
  • Markah bagi pelaksanaan Dasar pemisah (exit Policy), mana-mana kakitanagn awam yang gagal mencapai markah 70 akan dimasukkan dalam Dasar Pemisah
  • Terima opsyen SBPA atau SSM sehingga 31 Disember 2011

Terma-terma SBPA JPA 2012 Yang Terbaru :

  • Markah bagi Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) untuk kenaikan gaji dan markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) diselaraskan serta-merta
  • JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada 75 kepada 65 
  • Pelaksanaan Dasar Pemisah pula, markah diturunkan daripada 70 kepada 60 di mana tempohnya turut dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan
  • (Pengumuman pada 23 Disember 2011) JPA bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Jan depan. Walaubagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun kekal pada 30 Disember 2011 (lusa)

Kajian & Perbincangan Semula (SBPA JPA 2012) Antara Cuepacs VS JPA Di Masa Akan Datang?

  • Diadakan akhir Februari 2012
  •  Isu gaji maksimum dan gred jawatan yang tertinggal
Yang mana masih mengharapkan penyelarasan gaji memang tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat. Manakala kes-kes gaji Premier dan JUSA memang mereka turut sama tidak mahu sama sekali dikurangkan. Hakikatnya yang perlu diketahui, siapa yang berikan cadangan dan rangka SBPA ini? Kelompok mana agaknya yang akan naik JUSA nanti? Kalau anda tahu jawapannya, anda akan tahu kenapa skim SBPA JPA 2012  jadi sebeini rupa.

Sekurang-kurangnya untuk setakat ini, ada keputusan & kepuasan melibatkan terma-terma yang dipersoalkan seperti di atas. Manakala mengenai umur pencen, yang mana rasakan mampu, teruskan sahaja kepada umur 58 atau 60. Tetapi kalau anda sendiri merasakan diri sudah tiba masa untuk merehat, jangan dipaksakan diri, kelak nanti akan menyusahkan kakitangan yang lain. Berikan peluang kepada golongan & generasi muda pula.
  • Samada nak nak pencen 56, 58 atau 60 tak salah. Tetapi kalau SSM dah letak umur pencen 58, jadi untuk kes seperti ini hanya boleh ambil pilihan 58 atau 60 sahaja. Tidak boleh diawalkan.
  • Setiap orang tahu kemampuan diri masing-masing bukan?

beritasemasa 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...