Ahad, 10 November 2013

Ciri-ciri Kolestrol Tinggi

kolesterol

Ciri-ciri Kolestrol Tinggi | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Topik yang akan Luna kongsikan dengan anda semua adalah mengenai Ciri-ciri Kolestrol Tinggi.

oleKstrol tinggi dalam darah?? Bagaimana cara -cara untuk mengetahui simptom anda menghidap penyakit kolestrol tinggi?? Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian darah kita. Jadi,rajinkan diri anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui adakah anda menghidap penyakit ini ataupun tidak..Sebelum itu, jom kita rungkaikan persoalan-persoalan yang sering berlegar-legar di minda kita.
Seseorang yang mempunyai kadar kolesterol tinggi merupakan awal dari segala masalah dikemudian hari khususnya yang berkenaan dengan kesihatannya, seperti masalah fungsi jantung dan arteri, selain itu adalah masalah aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah), stroke atau serangan jantung.



penampakkan arteri pada kolesterol 300x281 Ciri ciri Kolestrol Tinggi

Ciri-Ciri Kolestrol Tinggi
1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

2) Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

3) Kesemutan
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

kolesterol 1 300x204 Ciri ciri Kolestrol Tinggi 

4) Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

5) Mudah Letih

Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6) Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

7) Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di kelas ekonomi.

Kolesterol tinggi 300x188 Ciri ciri Kolestrol Tinggi 
Bagi mereka yang suka minum susu tu beli la susu Marigold HLsusu HL 300x179 Ciri ciri Kolestrol Tinggi
Ia juga terdiri daripada 4 perisa yang berbeza selain perisa di atas.susu marigold hl 300x155 Ciri ciri Kolestrol Tinggi

Nota Luna Nana :Kurangkan pengambilan makanan jenis fastfood dan junk food kerana makanan dari kategori ini mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Obesiti juga salah satu golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini. Untuk kurangkan kolestrol banyakkan pengambilan air kosong,persis yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang individu yang sihat perlu minum 8 gelas air sehari. Luna pun suka minum susu segar Marigold HL ni. =) 
 fuh.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...