Tips Romantik Yang Boleh Anda Cuba Ketika Meminta Maaf
Tips Romantik Yang Boleh Anda Cuba Ketika Meminta Maaf
| Kadan-kadang susah sangat kita nak meyakinkan pasangan kita apabila
meminta maaf. Kadang-kadang ambik masa seminggu baru sidia maafkan.
Sebulan pon ade.. huhu.. jom cuba tips ini pula, mana tahu, hati si dia
cepat cair dengan cara yang di kongsikan ini..
1. Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau
ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis
kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan
anda, adalah bunga kegemaran si dia.
2. Coklat boleh memberikan ketenangan
kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya
sebagai tanda anda memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut
anda suapkan ke mulutnya sebagai tanda anda begitu mencintainya dan
tidak boleh hidup tanpanya di sisi.
3. Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan anda.
Sebab pertama sudah tentulah kerana kamu amat mencintainya dan tidak
mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan
yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati itu.
4. Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran anda berdua
dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik jika anda sendiri yang
menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat
terharu dan menghargai kesungguhan anda memohon maaf.
5. Jika berkesempatan, tunjukkan
kemahiran memasak anda. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah si dia
sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si
dia pasti akan melupakan rajuknya.
6. Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah
pasangan anda yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya
yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia
pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang anda mahu berikan serta
memaafkan anda. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi
yang banyak menyimpan kenangan manis di antara anda berdua.
7. Imbas kembali kenangan-kenangan manis
yang tercipta di antara anda berdua. Dengan kenangan manis tersebut,
mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan anda di atas segala
masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali anda mengalah demi insan
yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak
putus di pertengahan jalan.
8. Hantarkan sekeping kad memohon maaf
dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja. Si dia
pasti akan terharu melihat kesungguhan anda yang sanggup bangun awal
pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan
anda, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan
elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum
ini.
9. Ada juga individu yang tidak
mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga
untuk meminta maaf. Kalau begitu gunakan kata-kata indah yang paling
romantik untuk memohon maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang
ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang
terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.
10. Cara terakhir, apa kata anda
hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa
yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan
anda. Mood yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa
percaya si dia kepada anda. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang
sama buat kali kedua.
SELAMAT MENCUBA!
http://hafizan-malik.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan