Jumaat, 22 November 2013

Info -Adakah Bunga Mawar Hitam Wujud ?

Dalam tahun 1990 an lagu "Mawar Hitam" nyanyian kumpulan "Black Rose" dengan vokalis utamanya "Ajin", sangat popular. Ketika itu lagu ini sering berkumandang dicorong-corong radio, dimainkan dirumah-rumah orang kawin dan menjadi siulan muda-mudi pada zaman itu,termasuk saya. Pada masa itu saya tidak mempercayai wujudnya bunga "Mawar Hitam".

Bagi saya "Mawar Hitam" dalam lagu tersebut hanya perlambangan seorang gadis yang hidup dalam dunia gelap penuh noda dan dosa. Mungkin pencipta lagu ini pun beranggapan seperti saya. Sebabnya ketika itu pada tahun 1990an saya tidak pernah Mendengar wujudnya pokok bunga mawar berwarna hitam. 


Tidak disangka bunga ini sebenarnya ada di negara Turki dan benar-benar wujud, Sayangnya bunga misteri ini sudah hampir mengalami kepupusan disana atas sebab-sebab tertentu.

Bunga mawar hitam sering dikaitkan dengan ilmu hitam atau dunia misteri. Ada juga yang mengatakan bunga mawar hitam adalah simbol cinta mati. Jika anda mahu melihat sendiri kewujudan bunga mawar hitam datanglah ke Halfeti, Turki.

Mengapa ada mawar hitam di sana? Kerana daerah Halfeti mempunyai keadaan tanah yang misteri dan berbeza dengan daerah lain. Iklim di sana juga dipengaruhi oleh sungai Efrat. Keadaan inilah yang membuat mawar hitam yang tumbuh di sana cenderung berwarna hitam. 
Bunga-bunga mawar hitam ini biasanya hanya mekar 2 kali dalam setahun hanya untuk tempoh selama 15 hari saja. Demikianlah serba sedikit info mengenai "Mawar Hitam".
 http://alamcyber.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...