Sabtu, 23 November 2013

Sila Jawab PERTANYAAN Ini

Isilah ruang kosong di bawah ini (mohon dijawab dengan jujur di dalam hati kita masing-masing) :
1. Allah menciptakan TERTAWA dan ........................
2. Allah itu MEMATIKAN dan ........................
3. Allah menciptakan LAKI-LAKI dan ........................
4. Allah memberikan KEKAYAAN dan ........................


perahu,lautan,kebesaran Allah,pemandangan,langit 


Kebanyakan kita akan menjawab:
1. MENANGIS.
2. MENGHIDUPKAN.
3. PEREMPUAN
4. KEMISKINAN.

Yakin jawapan itu betul? Untuk mengetahui apakah jawapan di atas itu betul atau tidak, mari kita bandingkan jawapan tersebut dengan rangkaian firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surat An-Najm (53), ayat: 43-45, dan 48. sebagai berikut:

"dan Dia-lah yang menjadikan orang TERTAWA dan MENANGIS." (QS. 53:43).
"dan Dia-lah yang MEMATIKAN dan MENGHIDUPKAN." (QS. 53:44).
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan LAKI-LAKI dan PEREMPUAN. " (QS.53:45).
"dan Dia-lah yang memberikan KEKAYAAN dan KECUKUPAN." (QS. 53:48).

Ternyata jawapan kita umumnya BETUL hanya pada nombor 1-3.
Tapi, jawapan kita untuk nombor 4 (jika mahu jujur) umumnya adalah SALAH.
Jawapan Allah dalam Al-Qur'an bukan KEMISKINAN, tapi KECUKUPAN.

Maa syaa Allah..!!!

Sesungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta'ala hanya memberi KEKAYAAN dan KECUKUPAN kepada hamba-Nya.
Dan yang "menciptakan" KEMISKINAN adalah diri kita sendiri. Hal ini boleh terjadi kerana ketidakadilan ekonomi, malas, dan mungkin juga kerana kemiskinan itu kita bentuk di dalam pemikiran kita sendiri. Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang senantiasa bersyukur, walaupun hidup dalam serba kekurangan, namun dia akan tetap tersenyum dan merasa CUKUP.

Jadi, marilah kita membangkitkan rasa KECUKUPAN di dalam hati dan fikiran kita, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu BERSYUKUR baik dalam kegembiraan ataupun kesedihan dan kesusahan. Kerana di dalam kesusahan dan kesedihan pun adalah rezeki dari Allah SWT.
Semoga BERSYUKUR kita akan bernilai sebagai ibadah..

InsyaAllah...
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...