Ahad, 17 November 2013

Lagu Nasyid “Macam Cantik Jer Macam Comel Jer” - Elok Di Dengar

ohartis-youtube-syasya-macam-cantik-jer-macam-comel-jer
Trending sebuah video dari seorang gadis dengan nickname “Syasya Selero” mengundang rasa saudara AMAR ingin mencetuskan mesej baru yang lebih positif melalui perkara yang sedang viral dan hangat diperkatakan. Akhirnya tercetuslah satu lagu yang dirakamkan sendiri di rumah dan ianya mendapat perhatian dari orang ramai kerana lagu tersebut berjaya membawa satu aura yang positif berbanding pelbagai parody yang tidak menjanjikan apa-apa mesej kepada yang menontonnya.

Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, lagu tersebut telah di bawa ke satu peringkat lagi iaitu masuk ke studio untuk rakaman penuh. Dapat juga kita dengar sedikit perubahan telah dilakukan pada senikata lagu bagi memnjadikannya lebih menarik untuk didengar.




AMAR memberitahu kerana sokongan luar biasa, ianya memberi motivasi kepada dirinya untuk merakamkan lagu ini secara penuh.
Alhamdulillah!! Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya lah saya dapat menyiapkan secara full recording lagu parodi Islamik “MACAM CANTIK JER MACAM COMEL JER”(Ilham video Awek Legoland). Ini disebabkan slps sy upload video lagu ini versi nyanyian sy bersama piano solo minggu lps, byk stesen radio yg meminta sy merakamkannya secara penuh utk dimainkan di radio mereka. Motivasi sy utk siapkan lagu ini secara full recording juga adalah disebabkan sokongan LUAR BIASA anda semua! Ramai yg x henti2 inbox sy dan suruh sy rakamankn lagu ini. Semoga Allah S.W.T. membalas jasa anda semua. Apa yg penting, jom kita ambil manfaat drpd lagu ini dan marilah sama2 kita bersyukur dengan nikmat-Nya yang tak terhitung banyaknya”.
Tahniah kepada saudara Arif Muazzim Abdul Rahman (AMAR) atas inisiatif yang hebat ini. Moga lagu ini dapat dikomersilkan lagi di masa akan datang.

 http://ohartis.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...