JAKARTA 11 Okt.
- Seorang paderi Katolik yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan
memeluk agama Islam selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa
dia bercakap dengan Allah dan ditunjukkan keindahan syurga.
Laman web World
News Daily Report melaporkan, Eduardo Vincenzo Maria Gomez (gambar),
87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta mengajar agama
Kristian di Pulau Jawa selama 43 tahun, merupakan seorang ahli agama
yang sangat dihormati di kawasan berkenaan.
Gomez yang
mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua
gereja ketika penduduk tempatan membantunya membaiki rumah ibadatnya
itu.
Bagaimanapun, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah.
"Saya tidak tahu apa-apa tentang Islam, saya juga tidak pernah membaca al-Quran. Apa yang saya ingat, saya bertemu Allah.
Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat pintu syurga yang berwarna keemas-emasan," kata Gomez kepada Kalimantan Press.
Berita tentang
keputusan Gomez untuk bertukar agama, mengejutkan ramai pengikutnya,
namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan
minat untuk mendekati Islam.
"Jika Allah merupakan tuhan yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari akhirat nanti. Saya percayakan Gomez, kami semua percayakan dia," kata seorang pengikutnya.
Gomez yang
masih mendapatkan rawatan perubatan sudah mengarahkan pembinaan sebuah
masjid baharu dan pengikutnya kini sedang berusaha untuk mencari dana
bagi merealisasikan cita-cita tersebut.
Paderi Eduardo Vincenzo Maria Gomez beberapa minggu sebelum kemalangan
http://ratankekunci.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan