Khamis, 16 Februari 2012

Sebanyak 188 Kes AGE Di Kesan Di Perak Pada Khamis

Sebanyak 188 kes jangkitan Akut Gastroenteritis (AGE) di kesan di dua daerah di Perak, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhannya meningkat kepada 3,444.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu sebanyak 114 kes baru dikesan di Hilir Perak dan 74 kes di Batang Padang.

"Di Hilir Perak, seramai enam orang dimasukkan ke wad hari ini manakala di daerah Batang Padang seramai tiga orang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Beliau berkata setakat ini jumlah keseluruhan kes itu di Hilir Perak mencatatkan 2,220 kes manakala di Batang Padang sebanyak 1,224 kes.
bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...