Khamis, 16 Februari 2012

Penggunaan Dakwat Kekal Untuk Pilihanraya Telah Diwartakan

Penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang (PRU-13), berkuat kuasa semalam setelah diwartakan pada 13 Feb lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

SPR kini membuat perancangan untuk menggunakan dakwat kekal itu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), bagaimanapun masih belum membuat pesanan untuk membelinya kerana dakwat ini hanya boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Penggunaan dakwat ini bukan sahaja mendapat kelulusan Jabatan Kimia dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan tidak menjejaskan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan, malah turut mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 11 Januari lalu memutuskan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum adalah harus dan dibenarkan berdasarkan tiga kriteria iaitu dakwat tersebut tidak najis, tidak memudaratkan dan boleh menyerap air.(BERNAMA)

Penggunaan dakwat kekal adalah antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Malaysia. Mereka yang layak mengundi apabila mendaftar untuk mengundi di pusat-pusat mengundi nanti, akan dicalit dakwat kekal ini di jari telunjuk kiri.
 
bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...