Cinta tahap mana pun pada pasangan, setiap perkahwinan itu tetap akan
melalui beberapa fasa. Ada pasangan yang menyedarinya dan ada juga yang
tidak. Dalam nota kali ini kita mahu lihat perubahan fasa-fasa dalam
hubungan serius antara lelaki dan perempuan dalam konteks rumah tangga.
Ini penting terutamanya kepada pasangan yang baru berkahwin dan juga
kepada pasangan yang telah berpengalaman. Dengan mengetahui fasa-fasa
ini membolehkan anda menyesuaikan cara berfikir dan gaya tindakan yang
perlu untuk melaluinya nanti.