Assalamu'alaikum wbt
...
Nabi S.A.W. bersabda: 'Haji itu adalah Arafah'. Justeru tanpa berwukuf di Arafah maka tiadalah memperoleh haji bagi seseorang itu. Pada tahun ini seramai 2,927,717 orang jemaah haji telah memenuhi setiap pelusuk bumi Arafah sebagai memenuhi salah satu daripada rukun haji. Pada hari wukuf dikatakan bahawa terdapat saat-saat ijabah, langit terbuka luas, yang mana Allah SWT memperkenankan doa-doa hambanya yang sedang berwukuf. Justeru pada hari wukuf, para hujjaj dengan hati yang tulus ikhlas kesemuanya menadah tangan memohon ampun atas segala dosa, meraih kasih dan mengharap redha daripada Allah SWT. Berbahagialah kamu duhai sekelian Duyuf al-Rahman (tetamu ar-Rahman).
...
Di bawah ini dipaparkan suasana Arafah pada tanggal 9 Dzulhijjah 1432H (5 November 2011) bagi tatapan para pembaca sekelian. Kesemua gambar ini saya kutip daripada Internet terutama daripada Arab News dan Boston Big Picture. Semoga gambar-gambar ini membangkitkan nostalgia bagi pembaca yang telah bergelar Haji dan Hajjah. Juga diharapkan semoga gambar-gambar ini dapat memotivasikan pembaca untuk menunaikan fardhu haji di masa-masa yang akan datang, InsyaAllah.
...
|
Masjid Amirah sebelum hari wukuf |
|
Jemaah solat zohor dan asar secara jamak di Masjid Namirah, Arafah |
|
Jemaah mula bergerak ke Mudzalifah pada petang dan malam 5 November 2011 |
|
Jemaah bergerak ke Mudzalifah |
|
Jemaah bergerak ke Mudzalifah |
|
Bergerak ke Mudzalifah |
|
Jabal Rahmah semakin lengang apabila sebahagian besar jemaah telah bergerak ke Mudzakifah |
|
Ada yang naik keretapi |
|
Walaupun sakit dan terpaksa menggunakan tongkat, jemaah ini tabah berjalan menuju Mudzalifah
yang terletak lebih kurang lima kilometer dari Arafah |
|
Air sabil diagih-agihkan kepada para jemaah |
msaadhamid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan