Jumaat, 30 Disember 2011

Lapangan terbang tertinggi di dunia

* LAKARAN artis mengenai projek lapangan terbang tertinggi di dunia yang akan dibina di negeri Naggu, China pada tahun depan. - AGENSI

BEIJING 28 Dis. - China akan memulakan pembinaan lapangan terbang tertinggi di dunia bermula tahun depan di negeri Naggu.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lapangan terbang itu akan dibina 100 meter lebih tinggi daripada rekod yang dipegang oleh sebuah lagi lapangan terbang di wilayah Qamdo.
Katanya, lapangan terbang Naggu akan dibina pada altitud 4,436 meter di atas paras laut, tinggi sedikit berbanding lapangan terbang Qamdo yang mempunyai ketinggian 4,334 meter.
Tambahnya, projek mega itu akan menelan kos sebanyak 1.8 bilion yuan (RM888 bilion) dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
China mula melaksanakan projek-projek bernilai berbilion-bilion dolar sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengubah suai lapangan terbang lama serta membina yang baru, terutamanya di bahagian barat negara ini, sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi.
Kerajaan China juga melaburkan berbilion-bilion dolar di Tibet, dengan harapan dapat memenangi hati penduduk di wilayah tersebut.
Pihak kerajaan berkata, pembinaan lapangan terbang baru dan landasan kereta api ke Tibet akan membuka ruang pembangunan serta membantu meningkatkan taraf hidup penduduk di wilayah itu.
Namun, aktivis Tibet berkata, pembinaan projek-projek mega itu akan mempercepatkan lagi migrasi rakyat China ke wilayah terbabit, sekali gus menggugat budaya Buddha penduduk Tibet. - 


REUTERS

1 ulasan:

  1. In case you are in no way viewing your project before you decide to distribute the idea meant for errors, consequently that you're sure to not win signifies. https://imgur.com/a/pKpcUjt https://imgur.com/a/mLPxKqG https://imgur.com/a/EnDKuI6 https://imgur.com/a/JNAZHpT http://wtbqkhct3z.dip.jp https://imgur.com/a/t9HaVdP https://imgur.com/a/ZY5FJ4P

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...