Pernahkah anda mengalami sakit-sakit di bahagian kawasan sekitar mulut?
Kesakitan ini adalah disebabkan penyakit ulser iaitu tompokan putih yang
berkemungkinan luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut.
Apa itu Ulser Mulut? Kebanyakan daripada kita mesti pernah menghidap ulser. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina tetapi golongon wanita mungkin lebih berisiko kerap menghidapinya terutamanya bagi wanita yang mengandung dan datang haid. Ulser mulut
ini biasanya akan pulih dengan sendirinya dan kalau berulang pun
tidaklah serius dan juga tidak berjangkit kepada sesiapa di sekeliling.
Ulser ini terjadi adalah kerana jangkitan bakteria di dalam mulut
dan selain itu ia juga adalah disebabkan oleh kecederaan fizikal
pesakit seperti tergigit bibir, pipi atau tercucuk benda yang tajam.
Ulser juga terjadi akibat kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau keadaan mulut yang kotor.
Ulser mulut ialah tompokan putih di dalam mulut.
Ia mungkin luka atau kudis yang terdapat di bahagian mulut iaitu di
bahagian pipi, mulut dan lidah. Bagi yang pernah menghidap penyakit ini
tentunya tahu betapa sakitnya untuk menguyah makanan kerana rasa perit dan sakit bila makanan terkena luka ulser mulut tadi.
Tanda-tanda Ulser
Tanda-tanda anda sedang menghidap ulser mulut :
* Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
* Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas
* Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut
* Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka
* Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas
* Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut
* Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka
Langkah Pencegahan
Langkah-langkah Pencegahan Awal Ulser Mulut :
* Minum air yang secukupnya dan kurangkan air yang berasid
* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan
* Jauhi makanan yang banyak mengandungi rempah
* Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit
* Elakkan daripada tekanan perasaan
- Ingat ye, jika ulser mulut anda masih tidak sembuh malah semakin merebak dalam masa kurang dari 3 minggu, anda mesti segera berjumpa doktor kerana mungkin ulser mulut yang lambat sembuh adalah tanda-tanda awal anda sedang menghidap barah mulut.
Pemeriksaan lanjut perlu dilakukan apabila ulser yang dialami agak
besar saiz dari biasa iaitu lebih 2 mm, ulser berdarah dan tidak sembuh
dalam masa 3 minggu.
Sumber: Sihat Selalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan