Jumaat, 15 Mac 2013

Jangan Sesekali Lupakan Perkampungan Akhirat Kita

Di dunia ini, kita sering diingatkan tentang nikmat dan azab kubur, tentang akhirat, syurga dan neraka serta nikmat mahupun azab seksanya.


Di alam kubur adanya ular yang sangat besar di mana panjangnya adalah satu bulan perjalanan. Adanya syurga dan segala macam kenikmatan. Adanya bidadari yang bermata jeli. Adanya sungai susu dan madu yang kita boleh mandi di dalamnya. Ada yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya sekadar dongengan semata. 
 
 
 
Bila ajal menjemput dan dikuburkan. Barulah mata terbuka luas seluas-luasnya. Ada yang menangis dan merayu agar dikembalikan semula ke dunia walau hanya untuk seketika dan ada pula yang berbahagia dan sejahtera. 
Alam dunia adalah tempat untuk sempurnakan iman. Kalau tidak disempurnakan maka akan menderitalah di akhirat sana. 
Hari ni, manusia lebih sibuk menyempurnakan jasad hingga lupa akan apa yang sepatutnya disempurnakan tika berada di dunia.
  • Hidung yang tak mancung ditarik sepenuh hati supaya nampak lebih mancung.
  • Mata yang dah cantik ditukarkan pulak dengan mata burung merak agar nampak lebih menarik.
  • Kulit yang hitam dikupas agar nampak putih kemerah-merahan.
  • Kulit yang dah berkedut diseterika semula agar tampak licin sekata.
Semua ini dilakukan hingga pada akhirnya menyebabkan kelalaian dan menimbulkan penyesalan yang tak berpenghujung.
Ingatlah. Kita di dunia ini hanya sementara. Pejam celik pejam celik dah tua. Itupun kalau sampai umur tua. Kalau tak sampai macam mana pulak?? Ajal tu tak mengira tempat, masa dan keadaan. Andai serunya sudah sampai, terpisahlah antara roh dan jasad. 
Kita nak tunggu sampai bila?? Muda bukan alasan kita untuk tidak berubah. "Hei bro! aku ni masih muda remaja lah.. dah tua-tua esok aku bertaubatlah." 
Amboiii... kalau aku pukul sampai mati kat situ jugak baru tahu langit tu tinggi atau rendah. Barulah dia sedar yang umur tu pendek sangat-sangat. (jangan tiru aksi ini di rumah, pejabat, sekolah atau di mana saja anda berada.)
Nak kejar dunia ni, kejarlah.. Tapi jangan sampai ia melalaikan diri kita dari kehidupan yang kekal abadi di sana (akhirat). Kembalilah pada ALLAH SWT. Bertaubatlah sebelum terlambat. 
Sempurnakanlah iman di dunia ni sementara masih ada sisa waktu sebelum ALLAH SWT sempurnakan iman kita di akhirat sana.

Tentukanlah jalan kita sekarang. Nabi SAW telahpun tunjukkan jalannya. Kejayaan hanya dalam agama ALLAH SWT ikut cara Nabi SAW.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat diri dan seluruh umat Nabi SAW..,

Ambik dari Google


p/s: Maafkan diri ini andai ada kekasaran. Diri ini kadangkala perlu diketuk dengan tukul besi agar tersedar dari mimpi. Apa yang ada di sini hanyalah peringatan sepenuhnya kepada diri sendiri. Muhasabah di kala pagi..
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...