Rabu, 13 Mac 2013

Kreatif! Jambatan Trampoline Yang Unik Di Paris

Jambatan merupakan jalan laluan utama yang dibina sebagai penghubung merentasi sama ada air sungai, hutan dan sebagainya. Namun adakalanya jambatan boleh diekploitasi atau diubah menjadi sebuah kawasan yang unik. Seperi mana jambatan di Paris ini. Jambatan yang dibina di Paris ini telah direka oleh AZC Architecture di mana ia akan dibina dengan hanya menggunakan tiub belon boleh kembang dan 3 set trampolin gergasi yang saling berhubungan.

 






 

 

 

Rekaan jambatan ini dikatakan mampu memberi satu fenomena baru iaitu “jalan baru dan menyeronokkan”. Dilengkapi dengan trampolin gergasi, pengguna akan merasai pengalaman yang menggembirakan dengan melantun-lantun di atas sungai dan menyeberanginya

Wah ini satu pengalaman yang menarik. Namun begitu, jambatan ini tidak boleh diklasifikasikan sebagai satu jambatan utama untuk penghubung jalan tetapi ia lebih kepada kawasan untuk bersuka ria. Masakan tidak, tak akan lah nak lalu jambatan tersebut perlu terlompat-lompat bukan. Namun ternyata ia satu jambatan yang unik.
 melayukini.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...