Rabu, 13 Mac 2013

Pemandangan Mempersona dan Menakjubkan Dari Bumi Kashmir


lembah-kashmir
'The (Kashmir) valley is an emerald set in pearls; a land of lakes, clear streams, green turf, magnificent trees and mighty mountains where the air is cool, and the water sweet, where men are strong, and women vie with the soil in fruitfulness."

Kashmir merupakan sebuah wilayah yang terletak di bahagian barat laut India. Selain daripada buminya yang sangat mempersona dan memukau mata, ianya juga merupakan satu kawasan yang sangat penting dari segi kajian geografi kerana statusnya sering dipertikaikan, yang sering menyebabkan terjadinya konflik di rantau tersebut, terutamanya antara India dan Pakistan.
 
 


Konflik bermula apabila berakhirnya pemerintahan British di India pada 1947, di mana Kashmir diberi pilihan samada untuk bergabung dengan India, Pakistan ataupun untuk kekal merdeka. Pemerintah Kashmir ketika itu, Maharaja Hari Singh, yang beragama Hindu memilih untuk bergabung dengan India telah menimbulkan kemarahan pemimpin Pakistan, yang mendakwa Kashmir yang dihuni majoriti muslim seharusnya berada di bawah pemerintahan Pakistan.

tasik-di-kashmir
Perang bermula antara Pakistan dan India untuk merebut wilayah Kashmir pada 1947, yang berlanjutan kepada dua siri peperangan berikutnya pada tahun 1965 dan 1999. Walaubagaimanapun setelah hampir lebih setengah abad konflik tersebut bermula, kata putus masih belum tercapai antara kedua-dua negara.

pemandangan-kashmir
Hari ini wilayah Kashmir terbahagi antara tiga negara, iaitu India, Pakistan dan China. Pakistan menguasai bahagian barat laut, manakala India menguasai bahagian tengah dan selatan dan China pula menguasai bahagian timur laut. India menguasai bahagian terluas iaitu seluas 101,338 km persegi, Pakistan (85,846 km persegi) dan China (37,555 km persegi).

Walaupun Kashmir merupakan sebuah wilayah yang sangat indah dan sering digelar syurga dunia yang menjadi tarikan pelancong, namun sayang kerana perebutan kuasa politik ianya sering dilanda pergolakan yang tidak berkesudahan hingga ke hari ini dan telah mengorbankan ribuan nyawa. Mari kita doakan semoga satu hari nanti Kashmir akan merdeka dan dapat keluar daripada kemelut politik ini, Inshallah.

tasik-kashmir 
 
kebun-bunga-kashmir 
 
tasik-dal 
 
tasik-dal-kashmir 
 
 
 
pokok-daun-luruh 
 
sampan-kashmir 
 
senja-di-tasik-dal-kashmir 
 
rumah-bot 
 
kedai-atas-sungai 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber gambar dari Steve McCurry, National Geographic dan Wikipedia
 http://kfein.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...