Peraturan baru lampu kereta oleh JPJ mulai 1 Oktober 2014. Pihak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap
pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori
tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat
selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan
jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan
itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.
Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ
- Pemasangan lampu HID secara retrofit.
- Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
- Pemasangan apa – apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada
bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.
Tarikh Berkuatkuasa
Mulai 1 Oktober 2014
Kadar Kompaun Saman
Maksimum
RM300 bagi setiap kesalahan
Sumber: Melvister.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan