Jumaat, 19 September 2014

Resepi Jumaat - Beriani Gam Daging


Hidangkan bersama acar jelatah dan juga papadom goreng.
Beriani Gam Daging
BAHAN NASI:
 
  • 1.2 kg beras basmathi
  • 250gm minyak sapi
  • 1 sudu teh buah pelaga
  • 2.5cm kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga lawang
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh saffron | boleh juga menggunakan pewarna kuning biasa
  • 6 ulas bawang putih | dihiris halus
  • 2.5cm halia  | dihiris halus
  • 5 sudu makan pes rempah beriyani
  • 100gm gajus
  • 100gm kismis
  • 1250ml air
  • Garam secukup rasa
 
BAHAN LAUK:
  • 1.5kg daging 
  • 250gm bawang besar | dimayang
  • 250gm rempah beriani
  • 100gm rempah tumis
  • 150gm gula Melaka
  • 100gm daun ketumbar | dihiris
  • 100gm daun pudina | dihiris
  • 300ml minyak sapi
  • 250ml madu
  • 250ml puri tomato
  • 250ml sos tomato
  • 250ml sos cili
  • 175ml susu cair
  • Garam secukup rasa


BAHAN KISAR:
  • 200gm bawang merah
  • 150gm bawang putih
  • 150gm halia
  • 100gm kunyit hidup
  • 100gm buah keras
  • 150gm cili merah
  • 150gm cili hijau
  •  4 batang serai
 
 
CARA MEMASAK:
1. Pijarkan minyak sapi di dalam periuk, tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis beserta bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi.
2. Masukkan rempah beriyani dan kacau rata sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata.
4. Masukkan air sehingga menutup beras dan kacau rata.
5. Masukkan saffron, gula dan garam secukup rasa.
6. Kecilkan api. Masak nasi sehingga masak. Taburkan gajus dan kismis. 
7. Untuk lauk, panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bawang besar serta bahan kisar lain sehingga garing. 
8. Kemudian masukkan rempah beriani dan rempah tumis. Kacau rata sehingga pecah minyak.
9. Seterusnya masukkan daging kambing dan gaul sebati.
10. Masukkan puri tomato, sos tomato, sos cili, madu, gula melaka dan susu cair. Didihkan. Tambah sedikit air jika perlu.
11. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Apabila kuah hampir kering, taburkan daun pudin adan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

1 ulasan:

  1. Anak2 suka makan nasi beriani..selalu buat gulai ayam..bleh try buat daging pulak...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...