Isnin, 22 September 2014

Menakjubkan! Bawang Holland Bersaiz Gergasi Terbesar di Dunia ( 8.48 kg).


 Menghiris bawang bersaiz normal  boleh membuat anda menangis, apa akan terjadi bila anda perlu menghiris bawang raksasa? Bawang besar seberat 8,48 kg ini berjaya ditanam oleh Tony Glover dari Moira di Leicestershire.

Kejayaannya menanam bawang gergasi telah membuat namanya dicatat dalam Guinness Book of World Records, mengalahkan rekod sebelumnya iaitu bawang dengan berat 5 kg. 

"Saya memberi bawang raksasa tersebut makanan kaya nitrogen dan perlu memastikan kelembapan secara tepat," kata lelaki berusia 49 tahun itu.
 

 Supaya bawangnya boleh tumbuh dengan maksimum, Glover menanamnya di rumah kaca dan memasang lampu khas yang fungsinya seperti  matahari.

 "Saya meletakkan dalam rumah kaca untuk mensimulasikan matahari ketika hari-hari tertentu tidak banyak sinar matahari atau ketika cuaca sedang tidak baik," jelasnya.

 Untuk mendapatkan bawang bersaiz jumbo tersebut, Glover memerlukan masa hampir satu tahun.

 "Saya sudah menanam sayur-sayuran sejak berusia sekitar 16 tahun dan saya sangat senang melakukan hal yang satu ini," katanya.
 

 
gaban comel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...