Sape tak pernah gemuruh?? sapa yg tak pernah ada perasaan gemuruh adalah
manusia yang tidak normal...Perasaan gemuruh ni kalau tidak berjaya
dikawal akan menyebabkan timbul kesan yang buruk semasa atau jangka
panjang yang melibatkan kesihatan (darah tinggi, sawan) dan Psikologi
(Malu, rendah diri, fobia). So jom sama -sama kita tengok antara langkah
yang boleh diambil bagi mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan
perasaan tersebut....semoga perkongsian boleh membantu...
1. Pernafasan- lakukan
pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke
pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan
nafas disedut dalam2, maka cuba gunakan tangan kanan pegang dibahagian
dada dan tangan kiri di bahagian pusat. jika kedua2 tangan terasa
bergerak ,maka anda telah berjaya melakukannya
2. Persediaan dan latihan amat diperlukan.
Jika anda takut untuk berucap atau temu duga persediaan apa sahaja isi
atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih
seorang di hadapan cermin. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan
dengan penemu duga ataupun khalayak. Jangan terlalu memikirkan mereka
hanya memberikan tumpuan pada anda dan mewujudkan sangkaan negatif pada
diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan
secara yang baik ikut kemampuan anda. Berapa banyak masa yang kita
perlu gunakan untuk bersedia? Peraturan yang satuialah gunakan seberapa
masa yang diberi. Jika anda diberi masa 2 bulan, jangan tunggu sehingga
minggu terakhir. Jika anda diberi semalaman, sama juga, lakukan lah yang
terbaik!
3.Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai ‘kawan’ dan bukanya lawan anda. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.
4. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.
5.Hubungan mata sangat
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda .
Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada
hubungan mata.
6. Amik wuduk dan berselawat
Air dapat menyejukkan perasaan. Insya’Allah kalau kita niat dalam hati perkara yang baik mesti kita dibantu olehNYA.cBanyakkan berselawat, beristigfar sebanyak mungkin. Niat supaya jangan gemuruh semasa melakukan perkara-perkara yang mendatangkan perasaan gemuruh.
Air dapat menyejukkan perasaan. Insya’Allah kalau kita niat dalam hati perkara yang baik mesti kita dibantu olehNYA.cBanyakkan berselawat, beristigfar sebanyak mungkin. Niat supaya jangan gemuruh semasa melakukan perkara-perkara yang mendatangkan perasaan gemuruh.
7. Motivasikan diri sendiri
Belajar mendisplinkan diri, motivasikan diri, yakinkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar jadi orang yang berfikiran positif. Jangan tengok kelemahan diri malah tengok kelebihan diri sendiri.
Belajar mendisplinkan diri, motivasikan diri, yakinkan diri sendiri dalam melakukan sesuatu perkara. Belajar jadi orang yang berfikiran positif. Jangan tengok kelemahan diri malah tengok kelebihan diri sendiri.
8.Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya
anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda
dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat
laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya
apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan
berlaku tanpa anda sedar.
9.Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS
قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku;
(Surah Taha : 25 -27 )
10.Katakan pada diri anda bahawa
apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk
menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda
anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh
melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.
11. Cuba hipnosis. Hipnosis
ialah keadaan separa sedar yang membuatkan seseorang tenang (fizikal
dan mental) hingga membolehkan dia membuat perubahan kelakuan seperti
dikehendakinya. Kaedah hipnosis telah diiktiraf sebagai sebahagian
rawatan alternatif untuk membantu pesakit menyelesaikan masalah pada
diri mereka sendiri. Kaedah ini bukan bertujuan mengambil alih rawatan
moden, sebaliknya melengkapkan kaedah rawatan sedia ada bagi kebaikan
pesakit. Ia sebagai rawatan alternatif asalkan mereka yakin dan percaya
dengan cara yang dipilih. Yang paling penting kaedah hipnoterapi tidak
menggunakan sebarang ubatan dan tiada kesan sampingan. Kesan hipnoterapi
ini juga berbeza antara individu. Ada yang memerlukan hanya lima jam
untuk menampakkan keberkesanan, bergantung kepada tahap ketenangan
masing-masing. Hipnosis juga boleh dilakukan sendiri dengan berbaring di
katil dan rehatkan semua otot serta lapangkan fikiran. Kaedah hipnosis
sendiri ini jika diamalkan selama 21 hari boleh membantu memupuk sifat
positif, keyakinan dan keupayaan diri. Apabila mahir, ia boleh dilakukan
di mana saja, termasuk ketika menunggu kenderaan awam supaya anda
sentiasa tenang.
http://www.kakisembang.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan