Khamis, 17 September 2015

Takut Nak Luahkan Perasaan?

 Situasi yang semua orang pernah rasa :
" Sebenarnya, saya dah lama suka awak,cuma tak berani nak cakap,takut awak tolak saya.." T_T

Malu tahap gaban ke nak luahkan perasaan cinta kau tu pada orang yang kau suka atau kau ni sebenarnya penakut...

Ceh, kau memang penakut !
 
Siapa yang penakut ni huh?
 
Kau la ! Kau yang tengah baca entri ni dan masih single. Sebab kau tak berani nak luahkan perasaan kau tu. Memang ramai yang penakut, hingga la orang tu diambil orang lain, baru nak nyesal tak sudah.
 
Kenapa perlu takut untuk meluahkan perasaan?

Rahsia Di Sebalik ‘Wallpaper Windows XP’ Yang Menjadi Tatapan Jutaan Manusia Seluruh Dunia


Nama Charles O’Rear mungkin masih asing di telinga dan ingatan anda, Tetapi sebenarnya anda mengenali dirinya melalui hasil karya yang menjadi tatapan berjuta ramai orang di muka bumi ini terutamanya pengguna Windows Xp. Hasil karya terkenalnya ialah sebuah gambar pemandangan padang rumput hijau di bawah langit diselaputi awan yang merupakan “wallpaper default “Windows XP.

Menurut Charles, gambar ini diambil di Napa Valley yang terletak di sebelah utara San Francisco pada tahun 1996 dan yang menariknya gambar ini dihasilkan tanpa bantuan perisian “editing”.
Gambar berjudul “Bliss” ini diambil dengan menggunakan kamera Mamiya RZ67 serta bantuan tripod.
 

Jerebu: 5 tanggapan salah masyarakat

Jerebu: 5 tanggapan salah masyarakat
Pihak berkuasa Indonesia juga disaran mencari inisiatif atasi pembakaran hutan dari peringkat akar umbinya.
Hampir setiap tahun sejak beberapa tahun lalu, rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan keadaan jerebu teruk gara-gara aktiviti pembakaran hutan di Indonesia.

Namun di kala kekerapan situasi ini berulang, masih ramai yang tidak faham dan tidak mengetahui fakta sebenar tentang jerebu.

Mari kita lihat lima perkara yang sering disalah tafsir masyarakat tentang jerebu, seperti yang dilaporkan oleh Jakarta Globe.
 

Cara Untuk Menanam Pokok Jambu Paling Berkesan Tanpa Menggunakan Biji Benih


Sudah pasti ramai antara kita menyukai buah jambu air atau jambu madu ini. Seperti kita ketahui kebanyakkan buah-buah jambu ini akan dibiakkan melalui biji atau secara tampang.

Tetapi tahukah anda pembiakan melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka. Biasanya Kaedah tut dan cantuman lebih diutamakan kerana tumbesarannya cepat.

Namun kali ini kami akan berkongsikan kepada anda satu cara lain untuk menanam buah jambu ini yang mudah dan berkesan selain menghasilkan anak benih yang lebih baik.



Mengapa Dinamakan Masjidil Haram?

Masjidil Haram adalah sebuah masjid di kota Mekah, yang dipandang sebagai tempat tersuci bagi umat Islam. Masjid ini juga merupakan tujuan utama dalam ibadah haji. Masjid ini dibina mengelilingi Kaabah, yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam dalam mengerjakan ibadah Solat. Masjid ini juga merupakan masjid terbesar di dunia.

Berkaitan dengan Masjidil Haram, tahukah anda mengapa masjid ini dinamakan Masjidil Haram?

Masjidil Haram dalam bahasa Arab: المسجد الحرام artinya masjid yang mempunyai tanah haram. Kenapa dinamakan tanah haram, para ulama mengatakan kerana di dalam tanah itu berlaku berbagai ketentuan yang mengharamkan kita melakukan pelbagai perkara, seperti memburu, mengangkat senjata, mematahkan tumbuhan dan seterusnya, termasuk juga haram untuk dimasuki oleh kafir.
 
 

Rabu, 16 September 2015

Resepi - FISH CAKE HOMEMADE


Assalamualaikum..sebelum ni saya ada berkongsi resepi fishball ..sekarang saya kongsikan resepi fishcake pula..mmg ia sangat kenyal dan seperti dijual dikedai2 yang diusahakan oleh bukan bangsa melayu...insyaallah semua yang saya kongsikan bersih, suci halal dan sangat menjimatkan kita..
 

Soalan Sebelum Bertunang?

Gambar ihsan dari http://blog.syazwanwi.com
Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.
Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.


Hikmah Disebalik Runtuhan Kren di Masjidil Haram

Hikmah Disebalik Runtuhan Kren di Masjidil Haram
Nota Editor : Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Al-Habib Idrus Bin Abdullah al-Jufri.

Ada beberapa keutamaan Jemaah Haji yang menjadi korban tertimpa crane di Masjidil Haram. Dan hanya Allah yang lebih Maha Mengetahui hikmah dalam masalah ini.Wallahu a’lam. Diantaranya :

1. Meninggal di hari yang mulia, yaitu Jumaat.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ »
Ertinya: “Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya’la, dan Al-Baihaqi).


Selasa, 15 September 2015

Kisah Benar Anak Jadikan Ibu Sebagai Pengasuh Anak


mak 
Mak Ini Duit Upah Mengasuh Bulan Ini” | Saya berbual dihalaman rumah seseorang penduduk kampung ketika nak menjemput mereka ke kenduri kahwin anak saya.
 
Tiba-tiba anak lelakinya yg datang lebih awal muncul dari dalam rumah dan menghulur duit kpd emaknya dan berkata, “Mak, ni duit upah mengasuh bulan ni.”
 
Dia berlalu sambil senyum pada saya. Ibunya berkata pada saya,”Depa hantar cucu tiap hari sebelum pi kerja. Sayalah kena mengasuh.”
 

Inf0 - KHASIAT DAUN KARI


Pokok DAUN KARI memang mudah tumbuh subur jika di tanam. Terkenal di kalangan KAUM INDIA , daun kari juga menjadi antara bahan kegemaran dalam masakan kari untuk menghasilkan masakan kari yang lebih harum.
Bagi anda yang masih belum tahu KHASIAT dan KEGUNAAN DAUN KARI, ini perkongsian untuk kali ini .

Resepi- APAM ICE CREAM CORNETTO


Resepi dari tangan ke tangan dan seterusnya....
APAM ICE CREAM CORNETTO
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami
sumber dr Azlita masam manis



Cara Kematian Yang Diingini

lubang kubur
lubang kubur
16 CARA KEMATIAN YANG DIINGINI

1. Mengucapkan dua kalimah syahadah sebagai perkataan terakhir sebelum mati, iaitu Hadis Mu’az Bin Jabal, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang akhir perkataannya ialah ‘La ilaha illallah’ maka dia akan masuk syurga”. (Riwayat Abu Daud, 3/190, no: 3116; dan Al-Hakim, 1/503, no: 1299).

2. Ketika mati dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah mati dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)
 

KISAH IMAM SYAFIE MEMBERI TIPS KEPADA SEORANG LELAKI YANG MENGADU GAJI TAK CUKUP

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami….
 
Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.
Kisah Imam Syafie Memberi Tips Kepada Seorang Lelaki Yang Mengadu Gajinya Tak Cukup
Kisah Imam Syafie Memberi Tips Kepada Seorang Lelaki Yang Mengadu Gajinya Tak Cukup
 

Isnin, 14 September 2015

Info - CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU

cara nak tahu rayban original.jpg 
CARA NAK TAHU RAYBAN ORIGINAL ATAU PALSU
Saya kongsikan tips ini untuk peringatan kepada semua setelah banyak kedai-kedai yang menjual kacamata rayban palsu yang merebak bukan sahaja di pasar malam atau uptown malah kedai optikal juga turut sama menjual rayban palsu. Kedai optikal yang saya maksudkan bukanlah kedai optikal dengan nama yang besar, tetapi kedai-kedai “single shop”. Sekali imbas memang nampak seperti original dan ditawarkan dengan harga yang sama atau lebih rendah sedikit berbanding dengan original.

Pengalaman saya “survey” dari 1 kedai ke 1 kedai ini, hampir kesemuanya mencampurkan produk original dengan “fake”. Model yang banyak “fake” adalah model dari kategori ‘The Icons’ sebab model-model ini memang popular dan dikeluarkan sepanjang zaman. Model ‘The Icons’ adalah Aviator, Shooter, Outdoorsman, Wayfarer dan beberapa lagi.


Resepi - TAUHU BAKAR

 Tahu Bakar

Resepi tahu bakar
Masa:
Penyediaan: 35 minit | Memasak: 30 minit | Keseluruhan: 65 minit 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...