Akhirnya, setelah pelbagai ura-ura, hari ini pihak Sony secara rasminya telah melancarkan peranti terbaru daripada siri Xperia NXT, iaitu Sony Xperia S, sekaligus menjadi telefon pintar pertama Sony tanpa penjenamaan Ericsson. Sony Xperia S ini masih lagi menggunakan Android sebagai sistem operasi, selain turut menggunakan cip pemprosesan dwi-teras padanya.
Xperia S ini menggunakan Android 2.3 Gingerbread ketika pelancarannya, dan kemaskini Android 4.0 Ice Cream Sandwich dijangka akan diperkenalkan pada suku tahun kedua 2012 ini. Dari segi spesifikasi, Xperia S membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5GHz, kamera 12-megapixel, skrin seluas 4.3-inci dengan resolusi 720×1280 pixel, kamera hadapan 1.3-megapixel, dan juga bateri berkapasiti 1750mAh padanya.
Harga jualannya di Malaysia masih lagi tidak diketahui, dan dijangka akan dijual di pasaran global bermula suku tahun pertama tahun ini
MESTI MAU......BEB
amanz.my
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan