Khamis, 19 Januari 2012

TERKINI : Sistem E-Filing Dihentikan Mulai 30 Januari


KUALA LUMPUR: Sistem e-Filing untuk borang e-BE, e-B, e-M, e-P, e-E, e-C dan e-R bagi Tahun Taksiran 2010 akan berhenti operasi mulai 30 Januari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Masrun Maslim berkata pembayar cukai yang belum mengisi borang masing-masing boleh berbuat demikian secara manual selepas tarikh itu.

"Borang-borang ini boleh didapatkan dari mana-mana cawangan LHDNM," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat. Untuk pertanyaan lanjut dan bantuan, sila hubungi LHDNM di e_filing(Mstar)

NOTA : Kalau betul berita terkini ini, agak menyusahkan pula lepas ini nak hantar borang. Dah 3 kali rasanya saya hantar guna e-Filing LHDN sebelum ini dan begitu mudah. Pasti ada yang tak telus dan bocor atau penipuan menyebabkan sistem ini bakal di hentikan?

zulkbo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...