Selasa, 31 Januari 2012

TERBAIK!. 10,000 JUTAWAN ISLAM DI BRITAIN!


Setiausaha Dalam Negeri Britain, Jacqui Smith mendedahkan bahawa seramai dua juta umat Islam tinggal di Britain dan 10,000 daripada mereka kini bergelar jutawan.

Smith yang dalam rangka lawatan ke Pakistan untuk membincangkan langkah menangani keganasan berkata, populasi umat Islam di Britain meningkat sebanyak 400,000 sejak 2001.
Smith memberitahu Majlis Kesenian Kebangsaan Pakistan bahawa selepas agama Kristian, Islam adalah agama kedua paling ramai penganutnya di Britain.
"Seramai 1.6 juta penduduk mengisytiharkan diri mereka sebagai beragama Islam pada bancian yang dibuat pada 2001 dan jumlah itu mungkin sudah melebihi 2 juta.
"Islam kini merupakan antara agama yang paling banyak dianuti di Britain dan kami bangga kerana mempunyai masyarakat berbilang agama," katanya.
"Penduduk Islam memainkan peranan aktif dalam masyarakat Britain seperti politik, dari parlimen sehinggalah ke kerajaan tempatan.
"Mereka juga terlibat dalam angkatan tentera, menjadi anggota polis, kesenian, sukan dan sudah tentu dalam bidang perniagaan," ujarnya.
duniajunko

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...