Khamis, 19 Januari 2012

Sekretariat Pembangunan Insan ambilalih kem latihan Paya Pahlawan

JITRA, 16 Januari 2012 – Kerajaan Negeri Kedah mengorak selangkah lagi dalam usaha pembangunan insan dengan memeterai perjanjian pengambilalihan pusat latihan dan rekreasi di Paya Pahlawan, Pahlawan Lake Resort.

Pengambilalihan pusat latihan tersebut adalah antara langkah Kerajaan Negeri menggiatkan lagi usaha pembangunan insan. Kerajaan Negeri melalui anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed), Agenda Sejahtera Sdn. Bhd. yang di wakili Ahli majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Dr Ismail Salleh menandatangani perjanjian pengambilalihan tersebut manakala pihak pengurusan Pahlawan Lake Resort di wakili pengurus Pakar Utama Holdings Sdn. Bh

B Dr Ismail dalam ucapan ringkasnya menyatakan bahawa pengambilalihan ini adalah bertujuan merancakkan lagi kursus-kursus berbentuk kem yang selama ini dijalankan di berbagai tempat sekaligus merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri membangunkan masyarakat melalui pendidikan akar umbi.

Menurut Dr Ismail, kerajaan negeri sudah pun ada kem-kem yang dilaksanakan setiap kali cuti sekolah antaranya Kem Bina Insan, Kem Bina Sahsiah, Kem Anak Soleh dan Kem Belia Sejahtera tetapi dijalankan di berbagai tempat, tetapi selepas ini beberapa kem-kem tersebut sesuai dijalankan di Paya Pahlawan.

“Semua kem-kem ini dijalankan di seluruh negeri Kedah sebelum ini, dan kita yakin selepas ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai masalah untuk penempatan peserta kem kerana di sini ada asrama dan dewan serta persekitaran yang sesuai untuk latihan,” kata YB Dr Ismail.

Sementara itu, PMBKed yang diwakili oleh Pegawai Kewangannya, Haji Abdul Rahman Daie memaklumkan bahawa satu majlis perasmian yang akan dihadiri oleh YAB Menteri Besar akan diadakan tidak lama lagi.


wartakedah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...