Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan di ISMA susunan Hanan Osman
NOOR adalah bekas wanita Hindu yang menetap di United Kingdom. Berikut adalah kisah peribadi beliau bagaimana beliau kecewa dengan peraturan sosial moden dalam Hindu dan juga masyarakat Kristian lantas memilih untuk menjadi seorang muslim. Ikuti catatannya:
Dalam agama Hindu lelaki dilayan seperti tuhan-tuhan. Dalam salah satu perayaan agama, gadis Hindu yang belum berkahwin menyembah patung Shiva (dewa Hindu), untuk berharap mendapat suami sepertinya. Hatta ibu saya sendiri telah meminta saya untuk melakukan ini.
Ritual ini khususnya menyedarkan saya bahawa agama Hindu, yang berdasarkan kepada kepercayaan tahyul dan tradisi yang menindas wanita, tidak tepat.
Banyak kejahatan sosial telah masuk ke dalam masyarakat Hindu yang menindas wanita. Sebagai contoh, jika menjadi janda, wanita itu perlu memakai sari putih (pakaian), menjadi vegetarian dan memotong rambutnya menjadi pendek. Selain itu, dia tidak boleh memikirkan tentang berkahwin semula.