Memang sukar untuk memilih yang mana satu sesuai untuk meningkatkan kemahiran diri anak-anak kerana selain bijak belajar, anak juga perlu menguasai kemahiran diri.
Apa Pentingnya Kemahiran Anak Untuk Masa Depan?
“Tapi, kanak-kanak ni masih kecil lagi. Yang penting, pandai belajar dan cemerlang dalam akademik. Perlu sangatkah kemahiran diri ini?”Sebagaimana pentingnya akademik, begitu jugalah pentingnya mendedahkan ‘survival skill’ untuk meningkatkan kemahiran anak. Ia akan membantu mereka membawa diri apabila dewasa kelak.