Ahad, 11 Disember 2011

Kelebihan Buah Tomato



                                                    eat-tomato
TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....

1. Baik Untuk Kencing Manis

Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

2. Baik Untuk Mata

Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

3. Baik Untuk Obesiti

Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati

Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan

Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu

Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.


Tip Memilih TOMATO...

Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.

Apa lagi..... Jom Makan TOMATO....hehehe

Fadhilat “Bismillah”

Sebuah kalimah doa, pujian seorang hamba kepada RabbNya. Bismillah ialah sekelumit kata yang indah yang penuh makna. Bismillah mengawal semua surah dalam Al-Quran kecuali surat At-Taubah. Tahukah berapa jumlah kalimah Bismillah di dalam Al Quran? Jumlah kalimah Bismillah yang terkandung dalam Al-Quran ialah 144 walaupun dalam surat Al-Taubah tidak ada kalimat Bismillah. Kalimat Bismillah digantikan oleh Allah di surah An-Naml:30, Sehingga pada surat ini ada dua kalimah Bismillah.

Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:


1. Penawar bisa diri
2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
3. Penawar bisa-bisa badan.
4. Penawar bisa batu merian
5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Cara Merawat


Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yang sakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Fadhilatnya:


1.  Makbul segala hajat dan cita-cita.
2.  Luas rezki
3. Menang dalam peperangan.
4. Penerang hati.
5. Dijauhkan dari segala penyakit.
6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim
7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.
9. Aman daripada binatang buas.
10. Air laut menjadi tawar.
11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
14. Terselamat dari karam di laut.
15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat 3 kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)
16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.
17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.
18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
-waniitasihat

Rahsia Fadhilat Surah Fatihah

Dalam kekusutan minda. Dalam ketidak tenteraman jiwa. Dalam kecelaruan ummat. Dan dalam segala macam keserabutan masyarakat sekarang ini. Saya berpendapat, adalah teramat MUSTAHAK bagi setiap seorang daripada kita ini, khususnya yang beragama Islam, agar memperkukuh diri kita dengan ilmu2. Bukan hanya mendalami ilmu, malah yang terlebih pentingnya ialah mengamalkan ilmu yang kita ada.

Dalam post kali ini, saya ingin mengajak anda semua untuk memahami dan meneliti tentang kehebatan dan keistimewaan surah al-Fatihah. Bukan hanya sekadar mengetahui tentang kelebihan surah Fatihah ini, malah saya menyeru kepada anda semua, agar kita sama-sama dapat mengamalkan ilmu yang dikongsikan dibawah ini.
Baca dan ketahuilah ‘Rahsia Fadhilat Surah Fatihah‘ ini. Serta amalkanlah ilmu yang kita dapat. InsyaAllah.
1. Untuk membuatkan seseorang (suami anda, isteri anda, anak2 anda) supaya sentiasa ingat dan kasih pada anda :
  • Bacalah surah al-Fatihah 14 kali sebelum tidur.
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal:
  • Baca surah al-Fatihah 41 kali dan tiup pada air.
  • Minum air tersebut dan mandi menggunakan air tersebut.
3. Untuk merawat masalah sakit kepala/ sakit yang berkaitan dengan otak:
  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala orang yang sakit tersebut.
  • Lakukannya 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal.
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau:
  • Baca surah al-Fatihah 3 kali dan tiupkan dalam segelas air dan minum air tersebut.
  • Kemudian, baca surah al-Fatihah sambil mengusap ditempat yang berasa sakit tersebut.
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang sedang menangis (samaada menangis ditengah malam atau pada bila2 masa sekalipun):


  • Baca surah al-Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi/anak kecil tersebut.
6. Untuk merawat luka2 kecil: Contohnya luka terkena pisau, luka disengat tebuan, darah keluar tak berhenti, jari terkepit pintu dan sebagainya.
  • Baca surah al-Fatihah 3 atau 7 kali.
  • Kemudian, gunakan ibu jari, ambil sedikit air liur dari bahagian “langit-langit” dan gosokkannya pada kawasan yang terluka tersebut.
Semua cara yang diterangkan di atas, InsyaAllah pasti akan mendatangkan kesan dengan beberapa syarat:
1)   Percaya dan yakin bahawa Surah al-Fatihah ialah sebaik-baik penawar untuk segala macam jenis penyakit (dengan kuasa Allah yang menjadikan surah al-Fatihah penuh keistimewaan).
2)   Baca dengan penuh “khusyuk” dan “Tawadhu”.
3)   Tawakal sepenuhnya pada Allah.
4)   Gunakan amalan tersebut dengan NIAT YANG BAIK saja. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah.
Wallahualam.
Sumber ilmu : Dr. Fatma Az-Zahra
-wanitasihat.

Abby Fana Kini Sudah Bertudung

Tahniah diucapkan kepada Abby Fana yang kini sudah bertudung. Penampilan pertamanya di dalam MHI selepas pulang daripada menunaikan haji sangat-sangat kemas, cantik dan menutup aurat. Tahniah sekali lagi kepada Hajah Abby Fana.
gambar abby fana bertudung
Nampak manis kan? Nampaknya makin hari makin ramai artis kita yang berhijrah dan ini merupakan satu petanda yang sangat baik. Oh ye, kalau anda rajin, bacalah entri ini sepenuhnya untuk membaca tulisan yang dikeluarkan oleh Wardina apabila Wardina melihat Abby Fana bertudung.

Mungkin saya antara salah satu orang yang paling gembira dengan perubahan ketara secara fizikal ini oleh Kak Abby Fana yang amat saya kasihi. Kenapa? Kerana Kak Abby dari mula saya kenali adalah wanita yang cukup baik, a VERY…VERY nice person indeed…Kak Abby seorang ibu tunggal yang amat tabah… seawal kami di studio kerana bersiaran jam 5 pagi..Kak Abby adalah antara orang yang tidak pernah meninggalkan solat subuhnya….maka terdetik dalam hati kecil saya…saya yakin Kak Abby satu hari nanti akan berhijab… Secara senyap saya sering mendoakannya…. Dan percayalah antara doa yang makbul adalah doa rakan-rakan, tatkala mereka tidak tahu kita mendoakannya…
SMS KAk Abby pada saya : TQ dear for your compliment..I ‘change’ for Him, The Al Mighty.
Bergenang air mata saya. Hajjah Abby Fana..sekembali dari Mekkah, keberkatan dan hidayah Allah mengiringinya. Indahnya!
Kenapa perlu KECOH orang bertudung ada yang bertanya? Teringat sewaktu menghadiri satu preview documentary mengenai Hijab tempoh hari…ada pihak yang kurang senang apabila publisiti diberikan pada wanita-wanita berhijab! Katanya di Malaysia ini, wanita behijab diberi publisiti meluas dan dipuji-dipuji. Mereka lah yang baik, yang digemari dan sebagainya! Ada yang tidak puas hati nampaknya…
Jawab saya… Tahukah anda perkara ini BARU berlaku.. tidak lama dulu nak jadi cover majalah? Jangan harap! Nak baca berita? Buka tudung dulu! Pengacara? Hmmpphh tak pernah dengar pun! Malah waktu saya mula berhijab dulu ada cover majalah yang memotong gambar saya (setelah selesai photoshoot) kerana mengatakan bahawa pihak editor mereka tidak mahu wanita berhijab sebagai peghias kulit muka depan.Siapa yang didiskriminasi sebenarnya?
Jadi sudah pasti apaila senario sekarang yang sudah berubah…pastilah wanita berhijab gembira dengan peluang yang diberikan media ini! Kerana kayu ukur kecantikan BUKAN lagi Hollywood…Kerana bakat tidak lagi diukur dengan pendeknya skirt anda..
Jawab saya…memang wanita yang berhijab memberikan satu ‘statement’ pada semua bahawa “saya sedang berusaha menjadi lebih baik, dan ingin saya zahirkan perubahan ni dengan pakaian saya” Memang! Tak perlu dipersoalkan..wanita yang berhijab, yang baru memakai hijab terutamanya adalah mereka yang sedang ‘berubah’… they want to become better..a better person, a better Muslimah… very clear…. namun dalam masa yang sama, tidak pula harus didiskriminasi mereka yang tidak memakainya…that has to be clear too. Ianya pilihan individu..hormatilah mereka yang berhijab dan doakanlah mereka yang belum akan nampak kecantikan dan ‘nilai’ sebenar hijab yang sebenarnya mengangkat martabat seorang wanita. Bukankan semua yang’ indah’ dan ‘mahal’ di dalam dunia ini ditutup dan dipelihara? Seperti emas dan intan permata. Seperti mutiara di dalam lautan.
Jawab saya…Wanita yang tidak bertudung? Sudah CUKUP publisiti diberikan pada mereka..lihat sahaja longgokkan majalah, berita dan pendedahan di media mengenai wanita yang tidak berhijab dan sexy! Mereka dijulang, dipuji, diberi ruang dan perhatian setiap ketika.. mereka juga sangat popular! Malah bukan media Malaysia sahaja yang membantu mereka, tapi iannya fenomena diseluruh dunia! They DONT NEED HELP anymore… Jadi apabila dipebesarkan mereka yang berhijab… berikanlah ruang yang sewajarnya…. kenapalah perlu ‘sakit hati’….
Dugaan orang yang ingin berubah adalah apabila kita dilempar ejekan oleh orang lain, yang mengungkit kisah silam dan meremahkan perubahan kita seperti “tak lama tu”. Anggaplah ianya cuma dugaan kecil sahaja yang diberi Allah kepada kita.
Saya yakin orang yang bersolat, yang konsisten dalam solatnya akan diberi hidayah oleh Allah untuk membuat pilihan yang baik. Alhamdulillah Hajjah Habsah…Kak Abby… I am very happy for you! May Allah bless you!
-beautifulnara



/beautifulnara

Sabtu, 10 Disember 2011

UMNO makin pengotog, gila, mereng, meroyan, waya putuih... perangai hudoh macam taik

                                                                      BN/UMNO/PERKASA/UTUSAN/RTM/TV3 PENGOTOR  [OFFICIAL]
"Pengotog!!!"

Jerkah Bang Mat Mada di sebuah kedai catok dekat market Kg Berjaya pagi tadi.

"Tak kena tang mana pulak dah Bang Mat?" aku yang lalu berhampiran sengaja menduga.

"Ni ha UMNO Pulau Pinang hantag taik pulak dekat kerajaan negeri," jerkah Pak Mat kuat-kuat sambil angkat handphone, menghala skrin ke arah aku.

Tercengang habih satu kedai. Tak hormat sungguh orang tua ni orang dok tengah jamu selera.

Pak Mat yang aku kenai ahli biasa UMNO tapi bila tiba2 dia hentam UMNO teringin jugak aku nak tau pasai apa.

"Kalau hang marah sangat pun kat kerajaan negeri toksahlah dok buat kurang ajaq macam ni. Ada ka pasai pi hantaq taik dekat pejabat kerajaan..akai takdak ka???" makin menjadi kemarahan Pak Mat.

Tanpa sempat aku lontarkan komen orang kiri kanan Pak Mat berpusu-pusu tolong tambah tail.. Semua hentam tindakan UMNO yang kurang ajaq, biadap dan takdak akai tu.

Balik rumah aku buka FB tengok perkembangan terkini. Rupanya penuh FB aku dengan posting, share dan link mengenai isu HADIAH TAIK UMNO PULAU PINANG terhadap kerajaan negeri. Dah jadi isu besar untuk hari ini. Ni kali pertama aku tengok rakyat bersatu mengutuk UMNO atas tindakan bodoh, bangang, biadap, kurang ajag, mereng, pengotong, tak dak akai tu...

Makin dekat UMNO nak tungging PRU13 ni kelaku depa dah jadi tak ketahawan hala. Orang tua2 kata 'dah buang be at (tabiat)', sifat yang selalu pada pada manusia di penghujung ajalnya.

Kalau ada yang dok berkenan dengan UMNO lagi maka samalah dengan orang tu suka dekat TAIK...eeiii geli geleman aku.
kedahla

Kewibawaan PAS Johor, Tidak Boleh Lagi Dipertikai- Mazlan Aliman

Oleh  Ibn_bacoks

imagePAS negeri Johor dibawah kepimpinan Dato’ Dr Mahfodz Mohammed semakin terserlah kewibawaannya setelah berjaya memenangi dua buah kerusi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor iaitu DUN Maharani dan DUN Sungai Abong, kata Sdr. Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat.

Katanya lagi, UMNO-Barisan Nasional Johor sudah tidak boleh berbangga dengan kedudukannya sekarang sedangkan pencapaian PAS pula dilihat terus naik mendadak ekoran keghairahan rakyat yang mahukan perubahan sudah tentu dengan menafikan kehadiran PAS sebagai pesaing paling dekat bagi UMNO adalah suatu yang tidak munasabah.

”Hari ini, setelah ada dua kerusi. Orang tak boleh perlekeh PAS. Ertinya peningkatan ada,” ujarnya lagi. Mazlan berkata antara resepi ‘peningkatan’ itu adalah kerana para pendokongnya telah mempamerkan tahap pengorbanan yang tinggi dan jarang sekali memikirkan soal kepentingan peribadi.

Menurutnya amal dan tarbiah merupakan dua elemen yang wajar diperkemaskan dan sentiasa ada penambahbaikan dari masa ke masa bagi mendapat pertolongan Allah swt.

”Amal dan tarbiah, nak kita kena perkemaskan. Munajat kepada Allah, bagaimana solat kita untuk dapat kekuatan. Kesungguhan (melakukan amal dan tarbiah) itu (perlu di) kekalkan (supaya) ada (kekuatan) pada kita. Yakinlah dengan pertolongan Allah, ” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau menambah lagi dengan katanya kemenangan boleh berlaku apabila ahli PAS memberikan komitmen yang tinggi kepada perjuangan disamping berjuang dengan penuh  keikhlasan.
”Ini jati kita sebagai pejuang agama Allah. Berilah lebih (komitmen) untuk berjuang. (memang) kita semua ada masalah sebab (itu) kita (kena) tolong agama Allah. Allah beri kemenangan pada mereka yang ikhlas dan patuh.

”Saya yakin. (sebarang) tentangan, apa pun yang mereka buat kena yakin. Sebagai jatuhnya Firaun.
”Hari ini, lihat tokoh-tokoh (besar) kecundang. Jatuhnya Mubarak dengan gelombang perubahan rakyat. Kalau ada kekuatan anak muda, tua dan wanita, insya Allah,” terangnya lagi.

Keyakinan itu menurutnya lagi hasil kerjasama politik dengan DAP dan PKR bakal memberi kejutan kepada UMNO dalam Pilihan raya akan datang.

”Ketepikanlah masalah peribadi. Kita hanya tolong menolong. Insya Allah (kita sasarkan) 15 kerusi, (manakala) 12 (lagi) DAP, kita (Pakatan Rakyat) dah dapat simple majoriti (untuk) tegakkan kebenaran (capai kemenangan) di Johor,” ujarnya lagi.

Bersalin Selepas Dua Hari Meninggal

Seorang ibu yang disahkan meninggal dunia namun melahirkan bayi yang sempurna. Kejadian luar biasa ini menggemparkan dunia kedoktoran. Berita ini menjadi bahan perbincangan bidang perubatan.

Mahmoud Soliman suami yang berumur 29 tahun tidak pernah membayangkan boleh menghadapi kesedihan dan kebahagiaan menjadi satu. Isteri yang dicintainya Jayne Soliman 41 tahun, pergi untuk selamanya. Dan sebagai gantinya, dia mendapat seorang bayi perempuan cantik yang dilahirkan dari rahim isterinya.


Yang mengharukan, Aya Jayne demikian nama bayi tersebut, dilahirkan DUA HARI setelah Jayne disahkan meninggal dunia akibat otaknya tidak berfungsi lagi. Hasil bantuan hospital, Aya dilahirkan dengan selamat.

bersalin selepas meninggal
Sebenarnya kehamilan Jayne tidak mempunyai masalah. Namun di usia kehamilannya yang mencapai 25 minggu, tiba-tiba dia pengsan setelah mengeluh sakit kepala. Mahmoud dengan segera menghantarnya ke Hospital John Radcliffe di Oxford. Namun beberapa jam kemudian,doktor menyatakan otak bekas atlit ski ais nasional Britain ini sudah mati.

Dokter cuba membantu jantung Jayne agar tetap berdenyut dengan pelbagai peralatan. Upaya ini dilakukan agar bayi yang berada di perut Jayne dapat ditolong. Jayne diberi dua dos besar steroid, sehingga jantung bayinya boleh berkembang. Dan akhirnya, Aya Jayne pun lahir dengan selamat melalui pembedahan.

Selepas keluar dari rahim Jayne, Aya diletakkan di perut ibunya untuk memberi sedikit masa bagi keduanya untuk bertemu. Selepas itu Aya terus dimasukkan ke unit perawatan intensif. Mahmoud diberi kesempatan untuk mengucapkan selamat jalan kepada isterinya, sebelum akhirnya doktor mematikan peralatan penunjang hidupnya.

Perkataan “Aya” berasal dari bahasa Arab yang bermaksud “KEAJAIBAN”. Itu merupakan nama yang dipilih Jayne semasa hidup.






isuhangat

KETAHUI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari2 anda…Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya
badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh
menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

Seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system
dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking
kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.

Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgn
masing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab
itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

Selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau
lembab ke? jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.

Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami
masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.

Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,
sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau
tekanan dalam kehidupan sehariannya.

Seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya
kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari
anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna
anda mengalami hormon yang tidak seimbang.

Tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna
putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang
sihat..insya allah…

Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang..

Wallahua’lam.
-/aidanatasya

CEO TERKAYA DI DUNIA! 10 CEO TERKAYA DI DUNIA! 1

Taikun keluli India, Lakshmi Mittal diiktiraf sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kedua terkaya di dunia yang dipercayai mempunyai kekayaan AS$32 bilion (RM103 bilion), lapor sebuah majalah di Amerika Syarikat, Forbes.

Mittal merupakan pemilik syarikat Arcelor Mittal.
Dua lagi adik beradik bilionair dari India turut disenaraikan sebagai antara 10 CEO terkaya di dunia iaitu Mukesh Ambani dan Anil Ambani yang masing-masing menduduki tempat keenam dan tujuh.
Kakayaan Mukesh dianggarkan sebanyak AS$20.1 billion (RM65 bilion) dan Anil yang merupakan Pengerusi Reliance ADA memiliki kekayaan AS$18.2 billion dolar (RM58.9 bilion),
Tempat pertama dalam senarai itu adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway, Warrent Buffett dengan kekayaan bernilai AS$52 bilion dolar (RM168 bilion).
Pengerusi di syarikat perisian komputer terbesar di India, Wipro, Azim Premji turut berada di tempat kesembilan dengan kekayaan berjumlah AS$17.1 bilion (RM55.3 bilion).
Bagaimanapun, anggaran pendapatan bagi beberapa ahli perniagaan India yang dilaporkan itu bukan maklumat terkini kerana ia diambil daripada satu senarai hampir setahun lalu.
Forbes menyatakan, senarai itu disediakan berdasarkan senarai bilionair dan jutawan Amerika Syarikat yang tercatat dalam Forbes 400 pada September lalu.
"Kami mendapati ada antara CEO itu mengasaskan syarikat mereka sendiri, selain ada yang mewarisi harta dan membina kekayaan melalui cara mereka sendiri," lapor majalah berkenaan.
Dalam senarai itu juga, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Las Vegas Sands, Sheldon Adelson menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$28 bilion (RM90 juta).
Pengerusi dan CEO LVMH Group, Bernard Arnaut berada di tempat keempat dengan kekayaan berjumlah AS$26 bilion (RM84 juta).
CEO Oracle, Lawrence Ellison menduduki tempat kelima dengan kekayaan yang sama dengan Arnaut.
Pengerusi dan CEO Dell, Michael Dell menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$17.2 bilion (RM55.6 juta).
Tempat kesepuluh adalah milik Pengerusi dan CEO Koch Industries, Charles Koch dengan kekayaan AS$17 bilion (RM55 juta).
duniajunko

Pahala Sedekah





Pahala sedekah dibahagikan kepada empat jenis :

- Pertama, sedekah yang mendapat pahala sepuluh


- Kedua, sedekah yang mendapat pahala tujuh puluh


- Ketiga, sedekah yang mendapat pahala tujuh ratus


- Keempat, sedekah yang memperolehi pahala tujuh ribu




1-Sedekah pertama yang mendapat sepuluh pahala ialah pemberian 
makan kepada fakir miskin


2-Sedekah kedua yang mendapatkan pehala sampai tujuh puluh adalah sedekah yang 
diberikan kepada keluarga terdekat.


3-Sedekah ketiga yang mendapat pahala tujuh ratus ialah sedekah yang diberikan kepada 
kawan-kawan dan sahabat


4-Sedekah keempat sampai mendapat pahala tujuh ribu ialah sedekah yang diberikan 
kepada orang yang mencari ilmu.


Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barangsiapa yang mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan 

barangsiapa yang mempunyai ilmu maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa 
yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya."

Rasulullah s.a.w. pula bersabda :

"Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh pintu kejahatan"

wadamylife.

PERCUBAAN BERPUASA SEMASA TINGGAL DI MALAYSIA MEMBUKA HATI GADIS GERMAN UNTUK MEMELUK ISLAM

Bersama ibu angkatnya, Puan Fauziah

Seringkali kita mendengar tentang insan terpilih yang menerima Hidayah dari mimpi mahupun peristiwa yang mengesankan jiwa. Berbeza dengan kisah Jana Petersen seorang gadis dari Hamburg, Jerman. Hidayah itu tidak datang kepadanya secara tiba-tiba.

Jana (sebutannya Yana) menjejakkan kaki di Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 2003 melalui program pertukaran pelajar AFS (American Field Service) ketika dia berusia 16 tahun. Jana ditempatkan dengan sebuah keluarga angkat Melayu di Keramat. Sebelum datang ke Malaysia Jana tidak begitu tahu tentang Islam dan tidak pernah mengenali orang Islam.

Tempoh setahun berada di Malaysia membuatkan Jana jatuh cinta dengan budaya, bahasa dan cara hidup masyarakat Melayu. Jana tertarik dengan sikap masyarakat Melayu yang masih berpegang teguh kepada budaya dan adat resam tidak seperti suasana di German. Paling dikaguminya ialah bagaimana orang Islam percaya kepada qada’ dan qadar dan redha dengan segala apa yang menimpa mereka


Meskipun keluarganya beragama Protestan, Jana pula membesar sebagai seorang Atheis. Melihat keluarga angkatnya yang percaya kepada Allah membuatkan Jana tertarik kepada konsep ketuhanan dan keimanan.
Tiba bulan Ramadhan, Jana menyatakan hasratnya ingin cuba berpuasa kepada ibu angkatnya, Fauziah. Lalu Fauziah mengajar Jana supaya berniat untuk berpuasa kerana Tuhan, tidak kira apa jua Tuhan yang dipercayainya. Setelah berniat Jana merasakan lebih senang untuk berpuasa dan akhirnya berjaya berpuasa selama sebulan.

Jana pulang ke Hamburg, German pada tahun 2004. Setelah pulang, Jana tidak henti-henti bercerita tentang Islam kepada rakan-rakan dan keluarga. Jana mula cuba mendekati rakan-rakan beragama Islam dari Bosnia dan Arab.

Jana mula merindui keluarga angkat, rakan-rakan-rakan dan suasana kehidupan di Malaysia. Jana juga teringin untuk merasakan keindahan Ramadhan sekali lagi. Setelah tamat persekolahan pada tahun 2006, Jana kembali ke Malaysia untuk bercuti dan sekaligus menikmati puasa di bulan Ramadhan.

Di pertengahan bulan Ramadhan Jana kembali ke Hamburg dan menyambung puasanya di sana. Jana merasa yakin bahawa dia telah menemukan “Tuhan-nya” dan jalan kebenaran. Pada 15 Oktober 2006 Jana mencapai usia genap 18 tahun dan dia sedar dia kini boleh membuat pilihannya sendiri. Pada malam Aidil Fitri, Jana melafazkan dua kalimah syahadah di sebuah surau di Hamburg, Jerman.

Jana (kiri) bersama rakan karibnya di Jerman.

Jana memberitahu ibu dan bapanya bahawa dia telah memeluk Islam. Ibunya tidak menentang dan mengharapkan Jana bahagia dengan pilihannya. Namun dia sedikit bimbang akan laporan media Barat yang sering menggambarkan Islam sebagai agama yang tidak menghormati hak wanita dan suami yang suka memukul isterinya. Manakala ayah Jana pula hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang reaksi sebagai tanda kurang bersetuju.

Secara perlahan-lahan Yana menjelaskan kepada keluarganya tentang keindahan Islam dan tidak tergesa-gesa menunjukkan perubahan diri. Akhirnya ibu dan bapanya dapat menerima malahan berusaha memastikan dia selesa menganuti agama Islam seperti memastikan dia mendapat makanan yang halal.

Cintanya terhadap Islam mendorong Jana untuk melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di dalam jurusan pengajian Asia Tenggara sebagai kursus major dan Kajian Perbandingan Agama untuk kursus minor di Universiti Hamburg.

Hampir setiap tahun Jana akan kembali ke Malaysia, tempat di mana dia menemukan hidayahnya. Dia pernah menjalani latihan amali di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendalami Bahasa Malaysia. Jana tidak
 melepaskan peluang untuk mempelajari tajwid Al-Quran setiap kali berada di Malaysia. Jana juga baru sahaja pulang dari menjalankan kajian tentang Persijilan Halal untuk thesisnya di Universiti. Jana turut belajar bahasa Arab di Syria selama 3 bulan dan boleh bertutur di dalam bahasa Arab dengan agak baik.

Jana adalah lambang wanita Islam yang moden, bijak dan berpendidikan tinggi. Tutur katanya yang lembut, ramah dan merendah diri menggambarkan dirinya yang sentiasa menjunjung cara hidup Islam yang sederhana dan cintakan kedamaian.

Jana merasakan dia telah menemukan dirinya yang sebenar di dalam Islam. Dia merasa amat tenang dan bahagia dengan pilihannya. Seperti katanya…”I have found my place in Islam….this is where I belong”.
*Saksikan kisah Jana Petersen di dalam dokumentari “4 Hidayah 4 Hijrah” pada hari Sabtu, 10 Disember 2011, 10 malam di TV AlHijrah (ASTRO114).
-islamituindah

Ini Senarai Buku Yang Diharamkan Jakim

Jakim mengesahkan bahawa mereka mengharamkan buku terbaru Lee Kuan Yew, pengasas Singapura yang bertajuk, “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”. Didalamnya ada saranan Lee Kuan Yew yang menggesa umat Islam di Singapura agar tidak ‘ketat’ dalam amalan agama Islam mereka bagi memudah proses integrasi bagi pemb inaan negara Singapura.
Berikut senarai lain-lain buku yang diharamkan oleh JAKIM selain daripada buku Lee Kuan Yew tersebut:

  • 1000 Hikmat (Ali Zulfakar)
  • Methodologi Fiqih Islam Kotemporeri (Dr Ir Muhammad Shahrur)
  • 70 Amalan Benteng Diri, Keluarga dan Kediaman Daripada Manusia dan Jin (Sharhan Shafie
  • Senjata Mukmin (Abu Mazaya Al-Hafiz
  • Detik-detik Pembongkaran Agama (NurKhalik Ridzuan)
  • 1001 Mutiara Hikmah dan Hikmah dan Kata Nasihat (Kasmuri Selamat MA)
  • Sebongkah Batu Di Kuala Berang (Faisal Tehrani)
  • Commentary and Translation of the Holy Quran (Hasrath Kambam P.M Peer Muhammad Baghavy)
  • Islam, Kemordenan dan Keindonesiaan (Dr Nurcholish Madjid)
  • Islam dan Iman: Aturan-aturan Pokok (Dr Ir Muhammad Shahrur).
  • Mengenal Diri: Ilmu Peninggalan Tok Kenali (Mohd Yusof Che Wook)
  • The Teachings of the Quran (H.U. Weltbrecht Stanton)
  • Sabda Rasullah S.A.W:  Mahdi Aku Ada Dua Tanda (Mohd Zain Hassan)
  • Nomad, From Islam to America: A Personal Journey Through the Clash of Civilizations (Ayaan Hirsi Ali)  -gilerkentang

: LELAKI INI MENULIS KALAM ALLAH PADA 8 BIJI KULIT TELUR AYAM

Begitu hebatnya ilmu yang dikurniakan Allah kepada hambaNya. Tidak terfikir dek akal fikiran seorang lelaki berusia 97 tahun mampu menulis ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim hanya pada 8 biji kulit telur ayam. Ketajaman mata amat penting untuk menghasilkan penghasilan seni yang amat halus ini. Subhanallah....











saifunnizam





Petua Menghafal Ayat-Ayat Al-Quran



Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,”Those who recite the Book of Allah, establish regular prayer, and spend (in charity) out of what We have provided for them, secretly and openly, hope for commerce that will never fail”.
Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As ra telah meriwayatkan: Rasullullah SAW telah bersabda, “The one who was devoted to the Qur’an will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite.” .
Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang-orang yang menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al-Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebut bahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorang muslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah
menghafalnya.
Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan ra telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, “The best amongst you is the one who learns the Qur’an and teaches it.” .

Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.
a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa-dosanya.
b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas. Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.
c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d) Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot)
e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu’ terakhir( bermula dengan juzu’ 30,juzu’ 29 dan seterusnya)
f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.
g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya. Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.
h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .
i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.
Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan-jalan yang diredhainya. .Ameen
.Wallahu’ alam
pewarisserdang

Serangga Yang Menakjubkan Di Dunia


Weta

Adakah serangga ini terbesar di dunia? Ia bergantung kepada definisi anda. Tetapi melihat "Weta" gergasi di New Zealand memakan pada lobak merah pasti memberikan anda sesuatu yang mengujakan.

Serangga mirip seperti cengkerik ini dikenali sebagai weta gergasi atau wetapunga oleh orang Maori, dan sebagai Deinacrida heteracantha oleh saintis. Ia hanya boleh dijumpai di kawasan-kawasan yang dilindungi seperti Pulau Barrier Little New Zealand. Di sinilah Mark Moffett, ahli entomologi dan explorer di Smithsonian Institution, menjumpai spesimen ini selepas dua malam pencarian. Mark Moffett mendapati serangga ini mempunyai 71 gram dan 7 inci panjang yang mengejutkan.

Weta gergasi adalah serangga yang terbesar di dunia, dan ini adalah yang terbesar pernah dijumpai. Mark Moffett berkata, "beratnya bersamaan dengan tiga ekor tikus. Ia menikmati lobak merah yang begitu banyak dan ia seolah-olah tidak sedar yang ia sedang berehat di tangan kita, tetapi ini adalah spesis yang sangat terancam.

Water Boatman

Awal tahun ini, "water boatman" telah diisytiharkan sebagai makhluk yang paling bising di dunia oleh saintis dan menamakan bunyi nyayian serangga ini 'singing penis' kerana membuat bunyi menggunakan kemaluanya.

Satu pasukan biologi dan jurutera memberitahu Persatuan untuk Persidangan Tahunan Eksperimen Biologi di Glasgow bahawa mereka telah menemui serangga 2 mm panjang mampu membuat kebisingan berukuran 99,2 desibel - tahap yang sama seperti orkestra penuh bermain pada tahap terkuat sekali.

Itulah yang membuatkan pepijat, atau Micronecta scholtzi nama saintifiknya, haiwan paling bising di planet ini berbanding dengan saiz badannya
majalahbiarbetul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...