Taikun keluli India, Lakshmi Mittal diiktiraf sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kedua terkaya di dunia yang dipercayai mempunyai kekayaan AS$32 bilion (RM103 bilion), lapor sebuah majalah di Amerika Syarikat, Forbes.
Mittal merupakan pemilik syarikat Arcelor Mittal.
Dua lagi adik beradik bilionair dari India turut disenaraikan sebagai antara 10 CEO terkaya di dunia iaitu Mukesh Ambani dan Anil Ambani yang masing-masing menduduki tempat keenam dan tujuh.
Kakayaan Mukesh dianggarkan sebanyak AS$20.1 billion (RM65 bilion) dan Anil yang merupakan Pengerusi Reliance ADA memiliki kekayaan AS$18.2 billion dolar (RM58.9 bilion),
Tempat pertama dalam senarai itu adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berkshire Hathaway, Warrent Buffett dengan kekayaan bernilai AS$52 bilion dolar (RM168 bilion).
Pengerusi di syarikat perisian komputer terbesar di India, Wipro, Azim Premji turut berada di tempat kesembilan dengan kekayaan berjumlah AS$17.1 bilion (RM55.3 bilion).
Bagaimanapun, anggaran pendapatan bagi beberapa ahli perniagaan India yang dilaporkan itu bukan maklumat terkini kerana ia diambil daripada satu senarai hampir setahun lalu.
Forbes menyatakan, senarai itu disediakan berdasarkan senarai bilionair dan jutawan Amerika Syarikat yang tercatat dalam Forbes 400 pada September lalu.
"Kami mendapati ada antara CEO itu mengasaskan syarikat mereka sendiri, selain ada yang mewarisi harta dan membina kekayaan melalui cara mereka sendiri," lapor majalah berkenaan.
Dalam senarai itu juga, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Las Vegas Sands, Sheldon Adelson menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$28 bilion (RM90 juta).
Pengerusi dan CEO LVMH Group, Bernard Arnaut berada di tempat keempat dengan kekayaan berjumlah AS$26 bilion (RM84 juta).
CEO Oracle, Lawrence Ellison menduduki tempat kelima dengan kekayaan yang sama dengan Arnaut.
Pengerusi dan CEO Dell, Michael Dell menduduki tempat kelapan dengan kekayaan AS$17.2 bilion (RM55.6 juta).
Tempat kesepuluh adalah milik Pengerusi dan CEO Koch Industries, Charles Koch dengan kekayaan AS$17 bilion (RM55 juta).
duniajunko
Tiada ulasan:
Catat Ulasan