Jumaat, 1 Februari 2013

Cara Dapatkan Respons Suami


 

UNTUK memberikan nafas baharu dalam perhubungan suami isteri pada jangka masa yang panjang memerlukan kesungguhan daripada kedua-dua pihak atau mungkin sedikit lebih kepada isteri.

Bayangkan setelah hanya sebulan dari tarikh bulan madu pertama anda, pastinya anda perasan suasana magis dan romantik dalam hubungan telah mula memudar sedikit demi sedikit.

Bukankah anda pernah menyedari, suami tidak perasan pun setiap kali anda masuk ke bilik kerana pada waktu itu dia terlalu sibuk menonton perlawanan bola sepak kegemarannya.







Jika ini berlaku, anda sudah pasti tahu ini adalah masanya untuk anda bertindak menyelamatkan keadaan.

Langkah pertama:
Cuba lihat ke dalam cermin, perhatikan diri anda. Apa yang membezakan anda dahulu dan sekarang. Bila kali terakhir anda memotong rambut untuk membuatkan penampilan anda menarik.

Pergi ke salon, buat manicure dan padicure, mandi susu atau spa dan lakukan urutan.

Apabila diri anda sudah terasa bersih cantik dan sihat, maju ke langkah seterusnya.

Langkah kedua:
Manjakan diri anda, belanjakan duit yang anda simpan untuk membeli baju yang cantik untuk anda atau yang seksi untuk suami anda ketika dipakai pada malam hari.

Apabila balik membeli-belah, letakkan bungkusan pembelian anda itu di tempat yang boleh dilihat. Apabila suami anda balik ke rumah pastinya dia akan membelek-belek barangan belian anda itu dengan penuh rasa tanda tanya.

Langkah ketiga:
Keluar dengan rakan-rakan anda dan dapatkan pandangan yang berbeza tentang hubungan anda dan permainan cinta serta rumah tangga mereka.

Perbincangan sesama rakan boleh menjadi idea yang penting bagaimana anda boleh mendapatkan respons suami anda.

Bila balik beritahu suami yang anda berasa gembira dengan kehadirannya ke dalam hidup dan anda mampu berdikari sekiranya dia tiada masa untuk anda.

Langkah keempat:
Hari yang penting pun tiba. Lakukan sesuatu untuk memulihkan keadaan agar respons suami terhadap anda semakin bertambah.

Siapkan hidangan makan malam dengan kadar yang amat romantis dan anda bersedia memakai pakaian yang baru dibeli, lengkap dengan haruman. Tenung dalam-dalam matanya sebelum anda menjamah makanan.

Langkah kelima:
Rapatkan badan anda ke tubuhnya dengan cara yang amat erat, buat dakapan dan kucup bibirnya.

Pastinya suami anda terperanjat dengan perlakuan anda. Biarpun pada mulanya dia akan tertanya-tanya, namun kesudahannya dia pasti akan tahu anda mendambakan respons daripadanya yang telah lama hilang.

Waima apa pun, sekiranya anda memang benar-benar mencintai suami anda, luahkannya dari hati ke hati.

Lelaki ingin rasa diperlukan dan amat dihargai dalam hidup oleh isterinya dan sekiranya anda boleh membuatkan diri sebagai seorang yang berpengaruh kepada suami, menyayanginya sepenuh hati dan mengambil berat, maka tiada sebab untuk suami meninggalkan anda.

Sumber : utusan@Keluarga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...