Ketika
bayi anda berusia 6 bulan, dia akan diperkenalkan dengan pelbagai
variasi makanan bayi yang berbeza.Perkara pertama yang perlu anda
pastikan adalah makanan tersebut adalah makanan sihat dan terbaik
sehingga boleh membuatkan bayi anda menjadi cepat gemuk, namun tidak
membuatkannya terlalu gemuk.
Melalui makanan yang sihat, bayi anda akan mendapatkan manfaat yang
luar biasa. Bukan sahaja sihat, cepat gemuk, malahan makanan yang
dinikmati ketika masih kecil ini juga akan mempengaruhi tahap kecerdasan
dan kesihatannya sehingga dia dewasa kelak.
Jika pada ketika ini, bayi anda sudah mula makan namun berat badannya
masih belum ideal, anda perlu memberikan sedikit perhatian supaya
kesihatannya tidak terganggu. Cara mudah agar bayi anda cepat gemuk
adalah dengan meningkatkan pengambilan kalori agar berat badan bayi anda
kembali normal. Untuk mendapatkan kepastian, dapatkan nasihat doktor
bagi menentukan berapa banyak kalori tambahan yang diperlukan oleh bayi
anda itu. Dengan menambahkan beberapa makanan berkalori dapat membantu
menaikkan berat badan bayi anda agar tidak terlalu kurus.
- Susu Formula/Susu Ibu
Walaupun sudah makan banyak makanan dengan varian berbeza, susu
merupakan makanan yang wajib diberikan di selang seli dengan makanan
tersebut. Jika bayi anda masih menyusui, teruskan kerana pada ketika ini
bayi anda sebenarnya masih memerlukan nutrisi dari susu formula dan air
susu ibu.Jika anda memilih untuk memberikan susu formula kepada bayi
anda, pastikan ia mempunyai tinggi lemak dan kalori, tetapi kurang gula
kerana ia boleh membuatkan bayi anda cepat gemuk.Setelah bayi kenyang di
saatnya mahu tidur, berilah susu lagi sehingga dia tertidur. Minum susu
sampai bayi tertidur merupakan cara paling mudah untuk membuatkan bayi
menjadi gemuk.
- Makanan Berkalori
Makanan yang berasal daripada gandum atau biji-bijian juga
mengandungi banyak kalori, tetapi juga merupakan makanan sihat untuk
menambah nutrisi bayi anda.Pasta gandum yang dipotong kecil-kecil juga
merupakan makanan berkalori tinggi dan boleh buat bayi cepat gemuk dan
sihat. Selain itu, pengambilan oatmeal juga boleh membuatkan bayi anda
cepat gemuk.
- Pilih Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Berkalori Tinggi
Beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak
besar kalori. Ia akan membantu bayi anda mendapatkan berat badan yang
lebih baik serta nutrisi penting untuk pertumbuhan yang sihat. Berikan
bayi anda beberapa potongan kecil avocado. Buah avocado tinggi lemak tak
jenuh yang sihat dan memberikan efek baik untuk jumlah kalorinya.
Selain itu, kacang, buah pear dan pisang juga merupakan makanan sihat
untuk bayi anda. Tambahkan satu sudu teh minyak zaitun atau mentega
ketika memasak sayuran bagi menambah kalori tambahan atau cincang buah
dan tambahkan susu yoghurt untuk meningkatkan kalori.
- Ikan
Ikan adalah makanan bayi sihat buat bayi yang berusia setahun.Tetapi,
anda boleh memberikan sedikit demi sedikit biarpun usianya belum
mencapai setahun. Ikan boleh diberikan dengan mengukus dan dikisar
lembut tanpa di berikan perencah atau serbuk perasa.Ikan adalah sumber
protein, vitamin dan mineral. Omega 3 asid lemak dalam ikan terutama
ikan salmon segar sangat penting untuk perkembangan otak bayi anda.
MUMMYNEMO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan