Kuih-muih tradisional cukup digemari dan menjadi pilihan walau di bulan
Ramadhan. Resipi turun temurun ini menjanjikan keunikan rasanya yang
tersendiri dengan bahan yang mudah untuk diperolehi. Jom cuba salah satu
menu ini hari ini...
KUIH KASUI
Bahan-bahan:
2 Cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
7 ½ cawan air
1 sudu makan kapur sirih (ratakan)
½ biji kelapa parut (putih)
Cara-cara membuat:
BUAH MELAKA
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
½ cawan tepung gandum
1 buku gula Melaka
¼ camca garam (diratakan)
½ biji kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit pewarna hijau
4 helai daun pandan
Cara-cara membuat:
CUCUR JAWA
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras (cap tiga gajah)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula putih
½ cawan gula merah
2 ½ cawan air
Minyak kelapa (untuk menggoreng)
Cara-cara membuat:
KUIH KASUI
Bahan-bahan:
2 Cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi kayu
1 cawan gula putih
1 cawan gula merah
7 ½ cawan air
1 sudu makan kapur sirih (ratakan)
½ biji kelapa parut (putih)
Cara-cara membuat:
- Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu bersama kapur ke dalam mangkuk.
- Masak gula merah dan gula putih dengan air hingga hancur dengan api perlahan.
- Tapis dan tuangkan air yang masih panas ke dalam tepung sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati dan tapis.
- Didihkan air untuk mengukus. Letak bersama Loyang (28cm) yang telah disapu minyak.
- Setelah air mendidih, kacau semula tepung hingga sebati dan tuang ke dalam Loyang.
- Kukus selama ½ jam.
- Setelah masak, angkat dan buangkan air wap yang jatuh ke dalam Loyang.
- Pastikan kuih betul-betul sejuk sebelum dipotong.
- Setelah dipotong gaulkan bersama kelapa.
BUAH MELAKA
Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
½ cawan tepung gandum
1 buku gula Melaka
¼ camca garam (diratakan)
½ biji kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit pewarna hijau
4 helai daun pandan
Cara-cara membuat:
- Bancuh tepung dengan air garam dan pewarna hijau hingga menjadi ketulan yang lembut.
- Panaskan air dalam periuk dan masukkan daun pandan hingga mendidih.
- Potong gula Melaka kecil-kecil.
- Bahagikan tepung kepada ketul-ketul kecil dan dileperkan. Kemudian masukkan gula Melaka ke dalam tepung dan bulatkan dengan kemas.
- Rebus dalam air yang mendidih hingga terapung.
- Angkat dengan tapis dan golekkan dalam kelapa parut.
CUCUR JAWA
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras (cap tiga gajah)
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula putih
½ cawan gula merah
2 ½ cawan air
Minyak kelapa (untuk menggoreng)
Cara-cara membuat:
- Masak gula putih dan gula merah bersama air hingga hancur dengan api perlahan.
- Biarkan sehingga suam dan tapis.
- Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum dan tepung beras sambil kacau sebati. Perap selama 4-5 jam.
- Panaskan kuali dengan api perlahan.
- Tuangkan ½ cawan minyak kelapa ke dalam kuali.
- Setelah minyak cukup panas, masukkan satu senduk nasi adunan ke dalam kuali. Goreng dan balikkan hingga masak.
- Goreng satu persatu hingga habis. Pastikan kuali tidak melekat semasa menggoreng.
- Tambah minyak bila perlu. Tunggu sehingga panas baru mula menggoreng kembali.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam