Mahu rapat dengan mentua tetapi kebanyakan menantu 'tidak ngam'.
Agaknya walau di wajah tersenyum manis, dalam hati masih ada duri yang
tersusuk, siapa tahu?
Menantu perempuan selalunya sangat susah untuk ungkapkan pandangan
walau hati tidak setuju tentang sesuatu yang dilakukan mentua. Takut dan
rasa hormat seringkali dijadikan alasan yang akhirnya akan mempengaruhi
suasana di dalam keluarga tersebut.
Kalau mampu meluah, pasti kata-kata ini selalu akan muncul dalam kepala seorang menantu...
1. "Saya juga tahu cara didik anak..."
Cara menjaga anak selalu berbeza. Ya, ibu marah anak kerana mahu
mendisiplinkan si kecil, tetapi mentua pula akan muncul sebagai 'hakim'
dengan menegur perbuatan yang dilakukan menantu pada si anak salah depan
anak-anak. Alahai... mesti wujud sedikit rasa kekok dalam diri, bukan?
Timbul pula isu bandingkan cara mentua jaga anak dulu bukan seperti
menantu buat.
2. "Janganlah tiba-tiba datang mengejut ke rumah..."
Menantu mungkin rasa terganggu dengan kehadiran mertua secara tiba-tiba
ke rumah kerana belum sempat kemas dan masak. Takut juga tiba-tiba
rumah berselerak, mentua fikir menantunya pemalas. Dalam kes ini si
suami boleh jernihkan keadaan dengan meminta si ibu agar menghubungi
sebelum datang atas alasan risau tiada di rumah. Senang, bukan?
3. "Jangan tegur cara kemas rumah..."
Kadang mak mentua datang rumah, perabot yang ada dialihkan. Baju yang
belum sidai, mak mentua dah selesaikan. Anda mesti rasa terkilan.
Sebenarnya ibu mertua berniat mahu membantu, tetapi anda sendiri fikir
negatif merasakan gagal menguruskan rumah. Tetapi sesekali kalau mentua
tolong buat, apa salahnya.
4. "Jangan bandingkan saya dengan perempuan lain..."
Ada juga mentua yang bersikap dingin dengan menantu hanya disebabkan
layanan menantu tidak begitu sempurna pada suami anda. Wajarlah jika
anda tak suka dibanding dengan perempuan yang pernah hadir dalam hidup
suami. Nak-nak pula bekas tunang atau isteri, konon pandai masak menu
kegemarannya atau apa sahaja yang berkait. Tetapi jika anda yakin dengan
cinta suami, abaikan apa yang didengar.
5. "Jangan timbulkan isu ibu bekerja tiada masa untuk anak dan suami..."
Sesetengah mentua lebih suka jika menantunya jadi suri rumah uruskan
hal anak dan cucu dengan sempurna. Tetapi mungkin kewangan kurang
mencukupi, jadi anda terpaksa bekerja. Jangan melawan apa yang mentua
buat, cuba kongsikan rasa dengan suami untuk jelaskan keadaan.
6. "Jangan buat suamiku macam anak kecil..."
Anda mungkin cemburu melihat ibu mertua anda selalu masak makanan
kegemaran untuk suami. Baru niat nak buatkan air, tengok-tengok semua
sudah terhidang di atas meja. Hmmm... Kadang rasa seolah-olah mentua
ambil alih tugas di rumah hanya kerana anda bekerja. Sebenarnya anda
boleh fikir positif, ibu mestilah sayangkan anak. Bukan mahu 'merampas'
tugas anda sebagai isteri, mungkin nak membantu apa yang mampu.
Wanita-wanita, adakah betul anda ingin sangat meluah dan berkata
seperti itu kepada mentua? Nampaknya suami juga perlu tahu apa yang
terbuku di hati seorang wanita sebagai menantu. Untuk elak keadaan jadi
lebih keruh, seeloknya suami kena pandai ambil peranan jaga dua hati
insan tersayang. Kena pandai tutup kekurangan dan kena bijak cari alasan
demi damaikan suasana dalam rumah tangga.
mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan