Khamis, 2 Julai 2015

El Nino: 'Cuaca panas sehebat 1997, dijangka berlarutan hingga Mac 2016'

El Nino: 'Cuaca panas sehebat 1997, dijangka berlarutan hingga Mac 2016'
Jumlah taburan hujan juga direkodkan kurang pada tahun ini dan El Nino kali ini juga diramalkan kuat seperti tahun 1997. - Foto Fail 
 
  Fenomena alam El Nino iaitu keadaan cuaca panas melampau kini berada di tahap membimbangkan dan negara turut tidak terlepas mengalami bahang suhu cuaca panas melampau ini.

Pengarah Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan (NARC) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata daripada segi ramalan yang telah dilakukan, lebih 80 peratus kebarangkalian menunjukkan bahawa El Nino akan bertahan sehingga 2016.
 

Jumlah taburan hujan juga direkodkan kurang pada tahun ini dan El Nino kali ini juga diramal sama dahsyat seperti pada tahun 1997.

Dr Azizan yang hadir dalam Agenda Awani pada Rabu menambah bahawa negara perlu bersedia dan merancang dengan menyediakan persiapan secukupnya sebelum terjejas akibat fenomena El Nino.

Berdasarkan pengalaman pada 1997, negara perlu mempunyai perancangan dengan melihat kesan serta tindakan akibat impak buruk daripada El Nino ini.

Kesan daripada fenomena El Nino banyak memberi impak apabila rantaian bekalan makanan dan ekonomi terjejas apabila cuaca panas yang berpanjangan.

Tambahnya, negara masih kurang bersedia dan perlu meningkatkan kepakaran serta melabur dalam kajian perubahan iklim bagi menyediakan kapasiti serta rangka operasi menghadapi cuaca panas ini.

Cuaca panas yang sedang dialami ketika ini dijangka akan berlarutan sehingga Mac 2016.

awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...