Selasa, 7 Julai 2015

Adam Corie Berkongsi Pengalaman Pertama Kali Melamar Bidadari Pada Bulan Ramadan


Adam Corie
Saya kembali fitrah (memeluk Islam) pada 13 Julai 2007. Saya kembali kepada fitrah ketika itu belum ada girlfirend / buah hati. Allah ketemukan saya dengan bidadari saya selepas pulang dari umrah pertama saya dalam bulan Ramadhan penuh dengan keberkatan.
Ramadhan penuh dengan keberkatan. Saya masih ingat kisah 8tahun yang lepas.
 
Saya pertama kali jumpa Bidadari saya pd malam 1 Ramadhan di rumah kakaknya.
 
Pada 3 Ramadhan saya sudah menyatakan hasrat ingin menjadikannya Isteri saya. Dan dia kata bagi masa utk buat solat Istikarah,Hajat dan ibubapanya juga turut buat solat sunat istikarah dan hajat.
Setelah setuju, saya datang merisik dan meminang pada 17Ramadhan…
Alhamdulillah keluarga Bidadari saya menerima saya dengan penuh kasih sayang.
Cukup 2 bulan kami diijab kabul kan dalam suasana yang sederhana tetapi penuh dengan kasih sayang dan insyaAllah diberkati Allah.
Soal duit hantaran tak cukup?
Alhamdulillah bapa mertua saya tidak meletakkan jumlah berapa. Dia hanya mahu menjalankan tugasnya sebagai bapa menikahkan anak perempuannya mendirikan masjid dengan cara yang mudah bagi kedua-dua belah pihak. Kalau ikutkan memang saya tak cukup duit. Tapi Allah Maha Penyayang lagi Pemurah semuanya berjalan dengan lancar.
Ini antara tips saya dan bidadari saya lakukan sebelum kami bertunang dan bernikah.
1. Pasang niat berkahwin hanya kerana Allah.
2. Buat solat taubat selalu supaya diri kita bersih dari dosa.
3. Lakukan Solat istikarah untuk mendapat petunjuk dalam hidup kita setiap hari.
4. Berdoalah pada Allah dalam solat hajat. Mintalah, merayulah pada Allah yang kita hajati… kita hajat kita itu sesuai dengan diri kita.
Kalau dah rasa sesuai cepat-cepat meminang dan bernikah.
Tempoh perkenalan yang singkat bukan masalah sekiranya kita mulakan dengan niat, cara yang betul dan berserah pada Allah bulat-bulat. …
Orang yang baik ….
InsyaAllah , Allah ketemukan dengan pasangannya juga yang baik-baik…
P/s: gambar kami ketika bertunang dulu…
(Saya hanya berkongsi tips melalui pengalaman sy dan bidadari saya shj. Ia bukanlah yang terbaik. Tapi itulah cara yang kami lakukan.Boleh dapatkan nasihat terbaik dari ustaz /ustazah sahabat-sahabat)
Dipetik dari Facebook: Adam Corie
******************************************************************************************
Nukilan diatas telah dimuatnaik sendiri oleh pelakon dan juga muallaf Adam Corie berkongsi pengalamannya ketika di awal-awal perkenalan seterusnya menjalani kehidupan perkahwinan bersama isterinya.
Mungkin perkongsian yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan kepada pembaca dalam menjalani kehidupan dan memperoleh keberkatan sebagai hamba kepadaNYA.
Orang yang baik dan ikhlas… akan selalu dirahmati dan dilindungi olehNya..
pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...