Lazimnya kebiasaan kita mudah mengambil minuman atau makanan ringan sebelum tidur. Namun tanpa kita sedar, keadaan ini sebenarnya memberikan kesan yang buruk ke atas tubuh badan. Berikut adalah senarai makanan yang seharusnya anda elakkan dari mengambil sebelum tidur:



Kopi
Kandungan kafein dalam kopi bukan hanya menyukarkan anda tidur tetapi juga kopi bersifat diuretic (selalu membuang air kecil). Apabila anda terjaga, secara automatic akan timbul keinginan untuk megunyah. Kesannya, anda akan mengunyah makanan yang tidak sihat seperti kentang, biskut atau junk food.

Coklat
Walaupun coklat berfungsi untuk memberi rasa tenang tetapi coklat bukanlah makanan terbaik sebelum tidur. Kandungan gula akan cepat naik dan gula darah turun sehingga menimbulkan rasa lapar.

Keju
Elakkan mengambil keju sebelum tidur kerana keju memberikan gangguan terhadap perut. Selain itu, keju juga adalah makanan yang tinggi lemak, kalori dan boleh membuatkan badan anda semakin berisi.

Makanan pedas
Pengambilan cili padi atau makanan pedas sebelum tidur mungkin boleh menyebabkan heartburn. Keadaan ini bukan membantu anda tidur lena sebaliknya membuatkan anda sukar tidur malam. Dalam tempoh ini, anda boleh menghabiskan masa dengan mencuci kenderaan, bersenam atau memebrishkan bilik tidur.

Kek, aiskrim dan biskut
Elakkan mengambil makanan ini kerana ini menyebabkan gula darah meningkat dan menambah tenaga. Carilah alternative lain dengan mengambil buah-buahan segar.

Burger
Makanan ini akan menambahkan kalori dan lemak terutamanya di bahagian perut. Elakkan daripada mengambil makanan berlemak supaya tidur anda lebih lena dan segar apabila bangun pada waktu pagi.

Biji-bijian
Meskipun kategori makanan ini megnadungi protein dan serat tetapi biji-bijian seperti akcang merah, kacang panjang atau kacang buncis tidak harus diambil sebelum tidur. Makanan ini boleh membuatkan perut anda tidak selesa sepanjang malam. Sebaliknya, ambillah makanan ini pada wktu tengahari atau petang.

Soda
Jangan terlalu banyak meminumnya terutama sebelum tidur. Pengambilan soda dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti diabes dan jantung

Kentang goreng
Ini adalah makanan paling buruk diambil sebelum tidur. Minyak dan lemaknya akan berkumpul di perut. Jika dibiarkan berterusan, kentang goreng akan meningkatkan kolestrol dan kegemukan. Gantikan dengan mengambil kacang badam atau biskut rendah garam.
mingguan wanita