“DALAM negara-negara kamu, kamu mengamalkan kebebasan bersuara,
kebebasan media, kebebasan beragama dan lain-lain. Ianya di dalam
Perlembagaan kamu, ianya sistem politik kamu, identiti negara kamu, hak
kamu, aturan cara hidup kamu.
“Dalam negara saya, kami mempraktikkan kemelayuan, Islamik, sistem
Monarki dan kami akan mula mengamalkan Undang-undang Islam,
Undang-undang Syariah. Islam berada di dalam Perlembagaan kami, identiti
negara kami, hak kami, aturan cara hidup kami.
“Kami mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan dalam undang-undang dan
sistem keadilan kamu dan kamu mungkin menjumpai kelopongan-kelopongan
pada kami pula, akan tetapi ini adalah Negara kami.
“Seperti mana kamu mengamalkan hak kamu untuk Gay dan lain-lain. Kamu
lakukannya untuk dunia ini yang kamu diami sekarang, sedang kami
mengamalkan hak kami menjadi Muslim untuk dunia ini dan dunia
selepasnya. Ini adalah Negara Islam yang mengamalkan Undang-undang
Islam.
“Mengapa tidak kamu risaukan anak-anak kamu yang ditembak di
sekolah-sekolah kamu, penjara kamu yang gagal menempatkan orang-orang
yang tertuduh, kadar ketinggian jenayah dan DUIs, kadar bunuh diri dan
pengguguran yang tinggi dan apa-apa yang patut dirisaukan DI SANA.
Banyak agama yang menentang Homoseksualiti, ianya bukan sesuatu yang
baru.
“Saat kamu mendengar bahawa Islam dan Muslim membuat pendirian dan
meneguhkan kepercayaan mereka, kamu menghakimi, kamu memboikot, kamu
katakan ianya salah, ianya bodoh, ianya kejam. Sekali lagi, pergilah
kepada kebimbangan yang kamu patut tumpukan pada yang telah saya
beritahu sebelum ini.
“Tidak salahkah membenarkan senjata-senjata membunuh, tidak salahkah
membenarkan bayi yang belum lahir dibunuh, tidak salahkah membenarkan
gaya hidup yang membawa pada AIDS dan kerencatan pada generasi baru?
“Mengapa terlalu risaukan tentang apa yang terjadi di sini, di dalam
negara Islam sedang kamu tidak pun membuka mata tentang apa yang berlaku
di Syria, Bosnia, Rohingnya, Palestin dan lain-lain. Ribuan terbunuh di
sana dan kamu masih tidak peduli, tiada seorang pun yang terbunuh di
sini di bawah Undang-undang Syariah dan kamu kecoh menggembar-gemburkan
ia, walaupun penduduk di sini yang secara langsung terkesan darinya,
menerimanya dengan aman.
“Hukuman mungkin sedikit keras, tidak bermakna ianya mudah untuk
dilaksanakan. Di sana ada proses-proses yang perlu dijalani sebelum
boleh disabit bersalah. Kami baik-baik saja dengannya, malah gembira.”
OLEH | Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien | SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM
tao tau ajer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan