Jalan bawah Duta-Mahameru di depan bangunan Parlimen (menghala ke KL
Sentral) akan ditutup semalaman selama tujuh jam dari 10 malam Isnin
hingga 5 pagi hari berikutnya bagi memudahkan kerja melapis jalan di
kawasan itu.
Kenyataan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd pada Jumaat menyebut
penutupan jalan itu adalah bagi memberi laluan kepada projek pembinaan
stesen bawah tanah Mass Rapid Transit (MRT).
"Pemandu dari Jalan Duta dinasihat menggunakan laluan alternatif ke
KL Sentral dengan memandu ke arah Lebuhraya Mahameru (menghala ke PWTC)
dan membuat pusingan di laluan atas Wisma Tani untuk kembali ke
Lebuhraya Mahameru yang menghala ke KL Sentral," katanya.
- BERNAMA
MindaRakyat Tidak dikemaskini, sila ke 1 Media - https://www.1media.my/
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan