Sabtu, 28 Januari 2012

DOA-DOA DAN CARA MEMBUAT AIR PENERANG HATI OLEH IBUBAPA..


Salam Pembaca yang Setia,

Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM bagi anak-anak pada tahun 2012 ini. Eloklah dari awal tahun lagi diberikan anak-anak itu minum air penerang hati supaya Allah SWT membuka pintu hati, minda anak-anak supaya dapat menerima ilmu pelajaran yang diajar oleh guru-guru itu dengan lebih berkesan lagi. 

Air penerang hati juga sebagai ikhtiar dari ibubapa untuk anak-anak menjadi tenang dan tenteram apabila menjawab soalan peperiksaan nanti dan begitu juga untuk kebaikan anak-anak yang mengaji Al-Quran supaya hati yang benak itu hilang serta lancar membaca Al-Quran.
Cara membuat air penerang hati ini dipelajari dari Allahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz) yang pernah tinggal di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Beliau telah kembali kerahmatullah tiga tahun yang lalu. Allahyarham juga adalah sukarelawan yang pernah membantu merawat banyak penagih-penagih dadah di Kelantan suatu ketika dahulu. Sesiapa yang membuat air penerang hati ini. Sedeqahlah Al-Fatihah buat Alahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz). Moga-moga ilmu yang ditinggalkannya membawa barakah buat kita.

Cara-cara membuat air penerang hati.

1. Air masak, air mineral atau air hujan malam jumaat lagi baik ditadah.

2. Waktu yang sesuai dilakukan selepas solat insyak dan jika baiknya lakukan selepas solat hajat minta Allah SWT makbulkan dan minta anak-anak yang minum air penerang hati itu dapat menghafalkan pelajaran dsbg.

Surah-surah yang dibaca.

1. Shalawat Nabi -10x.
2. Al-Fatihah - 1x.
3. Tiga Qul - 1x.
4. Surah Alam Nasyrah (Surah 94) - 11x.
5. Bismillah Enam - 11x.

Baca surah Alam Nasyrah dan Bismillah Enam dan dihembuskan pada air tersebut. Minum pagi atau malam. Boleh mula minum air penerang hati diawal tahun. Jika baiknya bagi minum setiap hari kepada anak-anak kita mulai sekarang. 

SURAH ALAM NASYRAH (SURAH 94).


resepirahsiaku

Open : Petua ini oleh kita sebarkan,  ni salah satu usaha dan tanggungjawab  ibubapa terhadap anaknya.
Wassalam....

1 ulasan:

  1. best of the indian satta website for making the reall money this games is plays on the jodi and haruf when your no. come you can collect your money by click this website play bazaar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...