Isnin, 23 Januari 2012

Nombor 8 Dengan Kehidupan Kita


Salam semua, kalau bercakap pasal angka 8 ni, masyarakat Cina amat menggemarinya dan ianya dianggap satu angka yang membawa tuah dalam kehidupan mereka. Kalau beli rumah nak angka 8,88 atau 888, begitu juga kereta dan sebagainya.
Tapi hari ini saya bukan nak ambil berat pasal soal tuah atau 'ong' masyarakat Cina. Yang ingin saya kongsikan berkenaan angka 8 ini ialah, ianya amat sinonim dengan kehidupan kita yang sihat jika kita amalkan beberapa perkara.

1-  Berhenti makan apabila perut anda sudah 80% di penuhi:
Saya pernah terbaca satu artikel yang ditulis menceritakan bekas PM kita, Tun Mahathir ada mengamalkan petua ini untuk kekal sihat. Beliau akan berhenti makan apabila mula terasa sedap makanannya itu. Anda ingat kita boleh tak? Bukan ke kalau dah sedap nak bertambah kan?

2-  Makan malam sebelum pukul 8 malam:
Amalan ini telah lama disarankan oleh doktor perubatan, makan malam yang terbaik adalah sebelum 4 jam anda tidur. Kalau dikira anda tidur pukul 12 tengah malam, makan malam yang disarankan adalah sebelum pukul 8 malam.

3-  Minum 8 gelas air sehari:
Untuk memudahkan perkumuhan badan kita dari sisa toksik adalah di sarankan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari. Toksik akan keluar dari badan melalui peluh atau ketika anda buang air.

4-  Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari:
Demi kesihatan minda dan tubuh badan, kita pasti sudah sinonim bahawa tidur yang cukup akan mengurangkan tekanan hidup, terutama di tempat kerja mahupun sekolah. Jadi digalakkan agar anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

5-  Berjalan 80,000 langkah sehari:
Nampak angkanya memang banyak kan? Tapi cuba kira langkah anda pergi balik ke jamban pun dah nak 20 langkah. Bagi yang kurang bersenam, adalah di sarankan anda berjalan sekurang-kurangnya 80,000 sehari demi kesihatan jantung anda.
zulkbo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...