Selasa, 24 Januari 2012

10 jarum syaitan dan 10 penawar

302485_10150353708088346_756238345_8029445_769088754_n
 
1- Tamak, rakus dan  buruk sangka- Penawarnya adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa.

2- Panjang angan-angan-  Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu dimanakah kubur kita.

 3- Keinginan untuk beristirehat dan nikmat- Penawarnya adalah mengingati segala nikmat akan hilang sekelip mata dan hisab di hadapan  Allah SWT amatlah berat.

4- Ujub dan bangga diri- Penawarnya adalah kita tidak tahu siapakah diri kita sebenar, apakah Allah SWT menyenaraikan kita diantara mereka yang beruntung atau pun kita termasuk dalam golongan mereka yang rugi.

5- Meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka- Penawarnya adalah kita wajib menghormati  mereka kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW serta orang mukmin tidak pernah meremehkan sesiapa pun.

6- Hasad dengki- Penawarnya adalah kita wajib berfahaman, sesungguhnya Allah SWT Amat Maha Adil dalam membahagi keperluan rezeki maka kita boleh berdengki dengan harta yang Allah SWT telah kurniakan kepada seseorang dengan penuh keadilan.

7- Riya’ dan pujian seseorang- Penawarnya adalah kita wajib bersifat dengan sifat Ikhlas dan tidak menerima pujian seseorang sehingga menimbulkan sifat yang boleh mensyirikkan Allah SWT kerana Allah SWT  berfirman “  Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Allah SWT hendaklah beramal soleh dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun “.

8- Sifat Kikir atau Bakhil- Penawarnya adalah dengan menyedarkan diri bahawa semua ditangan kita akan binasa dan akan hilang, maka hendaklah kita mengimfaqkan harta tersebut kepada Allah SWT yang tidak akan binasa denga harapan harta atau pahala kita akan binasa seperti mana binasanya semua makhluk. Allah SWT telah berfirman ” Apa yang ada padamu akan rosak binasa dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan kekal”.

9- Sifat Sombong- Penawarnya adalah sesungguhnya Allah SWTlah yang menjadikan kita dan semua yang kita miliki maka kenapa kita berbangga dihadapan Allah SWT atau di bumi Allah SWT dengan apa Allah SWT jadikan. Allah SWT telah berfirman ” Sesungguhnya kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku  serta berbangsa-bangsa supaya mereka kenal dan mengenali. bahawa sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah mereka yang paling bertaqwa “.

10- Sifat Tamak- Penawarnya adalah kita tidak boleh menaruh harapan untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain, tetapi wajiblah kita menaruh harapan kepada Allah SWT dengan sesuatu yang kita harapkan dan mengambilnya daripada Tangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT telah berfirman ” Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT , maka Allah SWT  akan memberi kepada mereka jalan keluar dari segala kesempitan dan Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya  dari arah yang tidak disangka-sangka “.
amerhakim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...