Isnin, 30 Januari 2012

Perlu Baca - Ketika di AWAL & AKHIR usia kita



Assalamualaikum..selamat pagi......sedikit  perkongsian untuk kita renungkan hari nie...setiap yang hidup pasti merasai mati..dari Allah kita datang kepada Allah kita akan kembali...


1.   Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
       Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

2.   Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
       Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akan mengusung kamu.

3.   Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
      Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

4.   Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
      Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

5.   Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah,
      Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam tanah setelah 

      mati

6.   Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
      Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

7.  Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
      Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

8.   Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
      Ketika kamu mati, Kamu tidak akan ditanya melainkan amalan soleh… 

      Apakah bekalan kamu yang telah  kamu sediakan…?


sifa862000

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...