Isnin, 23 Januari 2012

Kadang Diam Itu Perlu

Diam itu jua membawa pengertian yang berbeza pada setiap yang mahu menilai ertinya.. Setiap kata kata yang terluah kadang membawa maksud yang pelbagai pada yang mahu mendengar..

Kata kata yang tiada membawa apa apa pengertiaan seperti cakap cakap kosong kadang mencampakkan diri kita pada satu tahap yang tiada jalan cerita seolah menghina perwatakan diri.. Tapi bukan jua tiada matlamat atau pengajaran pada setiap butir kata kata yang diluah.. Punyai masing masing pendapat dan pandangan..
Jika situasi pasangan yang di mana ada pertelingahan, diam itu perlu pada satu pihak menunjukkan ada tolak ansur salah seorang darinya..

Kerana tiada gunanya bertengkar dan masing masing cuba bermegah dengan siapa yang patut didengari, kesannya kadang banyak merugikan sebuah perhubungan..
Dan ku khuatiri bila kata kata itu bisa merosakkan antara aku dan kamu, kerana itulah ku kunci saja biar tiada langsung kamu dengari luahanku
Banyak berbicara kadang menunjukkan kebodohan diri, kerana setiap kata itu memperlihatkan peribadi seseorang.. Lebih baik diam seribu erti dari bercakap perkara sia sia..

Membiarkan kata kata yang didengari merasakan bertapa menusuk ke dalam hati, tanpa ada belas dan simpati pada situasi.. Kadang sunyi tanpa ada pembalasan menjawap setiap tohmahan.. Bukan kerana diam itu membawa erti kalah, tapi cuma membiarkan setiap sesuatu itu dibawa pengertian sendiri..
Bukan kerana aku takut akan kebenaran, cuma jika bila aku berbicara takut hatimu akan kecewa.. Kerana kadang diam jua menyelamat keadaan..
Kadang diam itu lebih bererti dari cuba berbicara.. Bukan kerana kalah akan situasi tapi cuba mengelakkan ketengangan.. Kerana diam itu juga kadang memberi kemenangan di dalam diam
Kerana kamu kesayanganku, kerana itulah aku biarkan saja dipersalahkan.. Bukan aku akan kekalahan tapi aku lebih gusar akan kesannya..
Tidak berbalas kata, tidak menunjukkan kita berada di pihak yang salah, dan tidak juga kita kalah.. Kerana kita tahu, dan kita mengerti selagi bahang itu masih panas, tiada gunanya berbicara.. Akan lebih mudah merosakkan akan jiwa jiwa yang sedang mencari kesalahan..

Namun ada kalanya, harus di ingat berdiam diri bukan jua cara penyelesaian masalah..
Kadang aku diam bukan bermaksud aku mengakui salahku.. Memang di luar banyak bicaraku tiada pangkalnya.. Petahku berkata kadang tidak membawa maksud yang mendalam.. Tapi kadang jua aku diam bukan bererti aku kalah.. Memberi ruang pada satu kata kata yang amat pedih didengar.. Supaya aku kenal hati budimu..
sentuhanmaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...