BERITA baik untuk penggemar minuman kopi. Terbaru, para penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati pengambilan beberapa cawan kopi sehari berpotensi mengurangkan perkembangan penyakit hati.
Menurut ketua penyelidik dari Institut Kanser Kebangsaan (NCI) AS, Neal Freedman, pengambilan lebih daripada tiga cawan kopi sehari dalam kalangan pesakit hepatitis C dan penyakit hati tahap kronik akan membuahkan kesan positif.
“Perkembangan penyakit ini boleh dikurangkan sebanyak 53 peratus berbanding pesakit yang tidak mengambil minuman kopi,” katanya.
Beliau memberitahu kajian tersebut melibatkan seramai 766 peserta.
Para penyelidik mendapati terdapat pelbagai cara perkembangan penyakit hati dapat dikurangkan menerusi pengambilan kopi. Ini termasuk pengurangan risiko mendapat diabetes jenis kedua, mengurangkan keradangan yang dipercayai punca berlakunya fibrosis dan sirosis pada hati.
Kajian itu mendapati kandungan kafein dalam kopi didapati mampu menyekat pembentukan kanser hati pada tikus makmal.
Pengambilan teh hijau atau hitam yang juga mengandungi kafein bagaimanapun tidak memberi impak besar kepada perkembangan penyakit hati.
duniajunko
Tiada ulasan:
Catat Ulasan