Alangkah indahnya jika dapat bercuti dan
bersantai di pulau sekarang ni kan? Tetapi malangnya kebanyakkan dari
kita ada tugas yang perlu di lakukan. Kerja masih menggunung, deadline
pula dah dekat. Itu merupakan tanggungjawab kita. Tetapi tak mengapa,
hari ini aku ingin memberi idea percutian yang mungkin boleh memberi
inspirasi buat anda. Dalam artikel ini aku ingin konsikan 4 pulau
tercantik di dunia yang harus anda lawati. Sama-sama kita mengagumi
keindahan alam semulajadi ciptaan Allah ini.
1. Pulau Bora-Bora
Pulau Bora-Bora merupakan satu diantara
gugusan pulau yang terdapat di Polinesia. Perkataan Bora-Bora ini
datangnya dari bahasa Haiti “pora-pora” yang bermaksud “anak pertama”.
Pulau ini terletak 230 kilometer di barat laut Papetee dan dikelilingi
lagun biru dan terumbu karang yang cantik. Di tengah pulau pula terdapat
dua puncak gunung berapi yang tidak aktif bernama Gunung Pahia dan
Gunung Otemanu.
2. Pulau Baros
Pulau Baros ini terletak di Maldives. Ia
merupakan diantara pulau yang masih “dara” dan tidak diganggu. Pulau
ini ditinggalkan oleh manusia ketika pemerintahan Maharaja Sultan Hassan
Nooraddeen diatas sebab-sebab yang tidak diketahui. Keunikan pulau ini
adalah pada kecantikannya dan keadaan pulau yang masih tidak diganggu
oleh pembangunan pesat seperti pulau-pulau lain.
3. Pulau La Digue
Pulau La Digue merupakan pulau keempat
terbesar yang didiami manusia di Seychelles. Pulau La Digue mendapat
namanya sempena nama kapal seorang pengembara Perancis yang
bernama Marc-Joseph Marion du Fresne yang melawat Seychelles pada
tahun 1768. Dipulau ini terdapat sejenis burung yang sangat unik dan
terancam bernama Black Paradise Flycatcher. Cuma terdapat 100 ekor
burung ini di dunia. Selain daripada pantainya, keindahan pulau ini juga
dapat dilihat pada kawasan gunung dan payanya.
4. Pulau Sipadan
Tidak lengkap jika tidak memasukkan
pulau indah dari negara kita ini. Pulau Sipadan merupakan Pulau yang
terletak di timur Sabah, Malaysia yang terkenal dengan habitat laut yang
terkaya di dunia. Ia didiami oleh pelbagai haiwan marin yang cantik
seperti penyu, batu karang dan ikan-ikan dari pelbagai spesis. Ia
merupakan diantara tempat selam scuba yang paling terkenal di dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan