1. KESABARAN FATIMAH BINTI RASULULLAH
Fatimah az-Zahra
binti Rasulullah pernah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Pada
ketika itu, suaminya Ali r.a melihat wajahnya pucat pasi. Maka Ali r.a
bertanya kepadanya, “Kenapa engkau pucat demikian, wahai Fatimah?”
Fatimah menjawab,
“Sejak tiga hari yang lalu kami tidak mempunyai makanan di rumah!”. Ali
berkata, “Mengapa engkau tidak memberitahuku?”. Fatimah menjawab,
“Sebab, pada malam pernikahan kita dahulu, Rasulullah saw pernah
berpesan kepadaku seperti ini : “Wahai Fatimah, Jika Ali r.a datang
kepadamu dengan membawa sesuatu, makanlah! Namun, bila ia tidak membawa
apa-apa, janganlah sekali-kali menanyakannya”
(Menjadi Wanita Paling Bahagia, 2007)
2. KESABARAN NABI YUSUF AS
Perhatikanlah apa
yang terjadi kepada Nabi Yusuf a.s. Dia bersabar dalam menghadapi
berbagai ujian, disiksa, dijadikan hamba, dipenjara, dan dihina. Namun
Nabi Yusuf tetap menerima apa yang ditakdirkan Tuhan kepada dirinya,
sehingga dia mampu bertahan dan akhirnya berbahagia dengan menjadi raja.
(Syaikh Abdul Qadir Jailani)
3. KESABARAN ALI BIN ABI THALIB R.A
Ali pernah
memanggil hambanya sampai mengulangi sebanyak 3 kali, namun tidak ada
jawaban. Maka dicarinya hambanya itu, lalu dilihatnya sedang berbaring.
Ali berkata, “Apakah engkau tak mendengar?”. “Ya, saya mendengar”.
“Lalu, mengapa engkau tak menjawab?” tanya Ali. “Kerana saya yakin
bahawa tuan tak akan menghukumku!”. Mendengar itu, Ali berkata,
“Pergilah, engkau kumerdekakan”. (Al-Ghazali)
4. KESABARAN IBRAHIM BIN ADHAM
Dikisahkan bahawa,
pada suatu hari, Ibrahim bin Adham pergi ke suatu tempat di padang
pasir, dan berjumpa dengan seorang tentera yang menegurnya: “Engkau
seorang hamba/budak?” “Ya” jawab Ibrahim. Orang itu bertanya lagi: “Di
mana tempat yang dihuni orang banyak?”. Mendengar itu, Ibrahim
menunjukkan kawasan pekuburan. Orang itu mengulangi lagi pertanyaannya:
“Yang saya tanyakan adalah tempat yang banyak penghuninya!” Jawab
Ibrahim: “Itulah pekuburan”.
Merasa
dipermainkan, tentera itu menjadi marah dan memukul kepala Ibrahim
dengan sebuah cambuk, sehingga menyebabkannya terluka dan berdarah. Lalu
dikembalikannya ke kota dan berjumpa dengan para pengikutnya. Mereka
menanyakan: “Apa yang terjadi?” Tentera itu memberi tahu mereka mengenai
pertanyaannya serta jawaban yang diterimanya.
Orang-orang itu
menjelaskan: “Ini adalah Ibrahim bin Adham!”. Mendengar itu si tentera
terkejut dan segera turun dari kudanya, lalu mencium kedua tangan dan
kaki Ibrahim, sambil meminta maaf darinya.
Setelah itu
beberapa orang menanyakan kepada Ibrahim, “Mengapa anda mengatakan
kepadanya bahwa anda seorang hamba/budak?” Jawab Ibrahim: “Ia tidak
menanyakan kepadaku: “Hamba siapa anda?” tetapi bertanya : “Apakah anda
seorang hamba/budak?” Maka aku pun menjawab “Ya”. Kerana aku adalah
hamba ALLAH. Dan ketika ia memukul kepalaku, kumintakan syurga baginya dari ALLAH SWT”.
Seorang dari mereka
bertanya, “Mengapa? Bukankah ia telah menzalimi anda?”. Jawab Ibrahim :
“Aku tahu bahawa aku akan memperoleh pahala kerana (bersabar atas)
perbuatannya itu. Maka aku tak mahu bahagian yang kuperoleh darinya
berupa kebaikan (pahala), sedangkan bahagian yang diperolehnya dariku
berupa keburukan (dosa kerana telah memukulnya)”. (Al-Ghazali)
5. KESABARAN PARA WALI ALLAH
Syaikh Abdul Qadir
Jailani berkata, “Aku bersama para murid Syaikh Ahmad mengikuti beliau
keluar Baghdad. Setibanya di jambatan yahud, beliau menolakku sampai
akau tercampak ke dalam sungai. Pada ketika itu cuaca sangat dingin.
Kemudian mereka berlalu dan meninggalkanku.
Aku berkata dalam
hati, ‘Aku berniat untuk mandi Jum’at’. Ketika itu aku mengenakan jubah
sufi dan di tanganku terdapat sebuah jubah lagi yang membuatku harus
mengangkatnya agar tidak basah. Aku keluar dari air lalu memerah jubah
tersebut dan menyusul mereka dalam keadaan kedinginan yang menusuk
hingga ke tulang.
Melihat keadaanku,
para muridnya bermaksud untuk menolongku, namun beliau melarang mereka
sambil berkata, “Apa yang aku lakukan adalah untuk mengujinya dan aku
mendapati dia bagai gunung, kukuh tak bergerak”. (Mahkota Para Aulia, 2005)
Nota : bagai gunung kokoh tak bergerak
maksudnya dalam menghadapi ujian, beliau seperti gunung yang kukuh,
tanpa mengeluh, tidak menolak, tidak marah, tidak meminta bantuan
makhluk. Dan beliau menerima, redha dan bersabar atas semua ketetapan
dan takdir ALLAH yang ditimpakan kepadanya.
6. KESABARAN ABU UTSMAN AL-HIRIY
Suatu ketika Abu
Utsman Al-Hiriy sedang berjalan di sebuah lorong sempit. Seketika
seseorang dari atap sebuah rumah melemparkan sebuah bakul penuh berisi
abu di atas kepalanya. Segera dia turun dari tunggangannya dan melakukan
sujud syukur.
Kemudian menepiskan
abu itu dari pakaiannya. Dia pun meneruskan perjalanannya tanpa
mengatakan sesuatu. Beberapa orang daripada kawan-kawannya berkata
kepadanya, “Tidakkah seharusnya anda memarahi mereka?”. Dia menjawab,
“Orang yang layak baginya memperoleh hukuman api (neraka), lalu (oleh ALLAH) diberi keringanan dengan hanya menerima hukuman dengan abu, tidaklah patut baginya untuk marah!”
(Al-Ghazali)
7. KESABARAN Uwais Al-Qaraniy
Dikisahkan bahawa
Uwais Al-Qaraniy sering dilempari batu oleh sekelompok anak-anak, setiap
kali mereka melihatnya. Lalu katanya, “Hai saudara-saudaraku, kalau
memang harus kalian melempari aku, tolong lempari aku dengan batu yang
kecil-kecil saja. Agar kalian tak melukai kakiku yang akan menghalangiku
untuk sholat dengan berdiri”
(Al Ghazali)
8. KESABARAN Muhammad bin Ali at-Tirmidzi
“Apabila guru
(Muhammad bin Ali at-Tirmidzi) marah kepada kalian, apakah kalian tahu?”
seseorang bertanya kepada keluarga Tirmidzi.
“Ya, kami tahu”
mereka menjawab, “Setiap kali ia marah kepada kami, maka ia bersikap
lebih ramah daripada biasanya. Kemudian ia tidak mahu makan dan minum.
Dia menangis dan memohon kepada ALLAH : “Ya ALLAH, apa perbuatanku yang menimbulkan murka-MU sehingga ENGKAU membuat keluargaku sendiri menentangku? Ya ALLAH,
aku mohon ampun-MU! Tunjukkanlah mereka jalan yang benar!” Apabila ia
bersikap seperti demikian, tahulah kami bahawa dia sedang marah. Dan
segeralah kamu bertaubat agar dia lepas dari dukacitanya itu” (Kisah Para SUfi (Wali), 1998)
9. KESABARAN AHNAF BIN QAIS
Seorang lelaki
mencaci Ahnaf bin Qais, sementara ia tidak menjawabnya. Namun orang itu
terus mengikutinya sambil menujukkan caciannya. Sehingga ketika telah
berada dekat dengan kampung tempat tinggalnya, Ahnaf berhenti dan
berkata, “Kalau masih ada yang tersisa dari cacian anda, katakanlah
sekarang. Agar tak terdengar oleh beberapa anak-anak nakal di kampungku,
dan mengganggu anda kerananya. (Al-Ghazali)
10. KESABARAN QAIS BIN ASHIM
Pernah ditanyakan kepada Ahnaf bin Qais, “Dari siapakah anda belajar menjadi seorang penyantun (penyabar dan pemaaf)?”
“Dari Qais bin Ashim”, jawab Ahnaf
“Sampai seberapa jauh kesantunannya itu?” tanya orang itu
“Pada suatu ketika,
ia sedang duduk di rumahnya, ketika seorang budak perempuan membawakan
untuknya daging bakar di atas sebuah dulang yang panas. Malang baginya,
dulang itu terjatuh di atas kepala seorang bayi, putra Qais, yang
menyebabkan kematiannya. Si budak itu menjadi amat ketakutan. Namun Qais
berkata kepadanya, “Tidak usah kamu merasa takut, sejak kini
kumerdekakan kamu, semata-mata demi mengharap keredhaan ALLAH SWT” (Al-Ghazali).
11. KESABARAN ABU UTSMAN AL-HIRIY
Suatu ketika, Abu
Utsman AL-Hiriy diajak makan oleh seorang yang sengaja ingin mengujinya.
Maka ketika sampai di rumahnya, orang itu berkata, “Tak ada urusanku
denganmu!”. Mendengar itu, Abu Utsman segera pulang. Tetapi, belum
begitu jauh ia melangkah, si pemilik rumah memanggilnya kembali. Dan
kembalilah ia. Namun ketika sampai di depan rumahnya, orang itu berkata
lagi, “Hai Ustadz, pulanglah!”. Dan ia pun melangkah untuk pulang,
sedangkan si pemilik rumah membiarkannya pergi sebentar, lalu
memanggilnya kembali, untuk ketiga kalinya.
Abu Utsman menurut
saja, dan kembali mendatangi orang itu. Ketika sampai di depan pintunya,
orang itu berkata, “Aku tidak punya waktu untukmu!”. Dan sekali lagi
Abu Utsman melangkah pulang, tetapi orang itu memanggilnya lagi.
Begitulah seterusnya, berulang kali ia memperlakukan Abu Utsman seperti
itu, sementara Abu Utsman tidak menunjukkan kekesalan hatinya sedikit
pun.
Sampai akhirnya,
si pemilik rumah bersimpuh di bawah kedua kaki Abu Utsman, seraya
berkata, “Wahai Ustadz, sesungguhnya aku hanya ingin menguji
kesabaranmu. Betapa mulianya akhlak anda!”. Maka berkatalah Abu Utsman,
“Sesungguhnya yang anda lihat dariku itu, tak lebih dari perangai seekor
anjing (merasa tak berharga di hadapan ALLAH SWT ) , apabila dipanggil, ia segera datang, dan apabila dibentak, ia pun terdiam”.
(Al-Ghazali)
12. KESABARAN JALALUDIN AR-RUMI
Suatu hari
Jalaluddin Ar-Rumi bertemu dengan dua orang yang sedang bertengkar.
Salah seorang di antaranya berkata, “Kalau kamu berkata sepatah kata,
aku akan membalas dengan sepuluh kata”. Mendengar percakapan itu,
Jalaluddin menyela, “Contohlah aku! kalau kalian berkata kepadaku 1000
kali, aku tidak akan membalas sepatah kata pun”. Seketika itu juga
keduanya bersimpuh di kakinya, dan kembali berbaik-baik.
isah Para Sufi (Wali), 1998)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan