Selasa, 19 Mac 2013

Personaliti Pencinta Warna Merah


Assalamualaikum.. Macam mana cuaca kat tempat korang ye? Kat sini tadi mendung sahaja macam nak hujan tapi alhamdulillah tak jadi pun dah cerah dah langit, cantik terangnya. Seronok tengok pemandangan macam nih. Kali nih saya nak share pasal warna merah. Warna merah bukanlah warna kegemaran saya cuma kebetulan sekarang nih saya dok leka bermain dengan warna merah so secara tak langsung dijadikan idea di dalam blog.





Biasanya kalau orang pakai warna merah nih dari jauh lagi kita dah nampak kan?. Merah juga biasa dikatakan warna yang nampak garang dan tak ramai yang mempunyai pakaian berwarna ini, tapi walau apa pun pandangan orang warna merah tetap cantik bila dipandang. Jom kita tengok karektor dan personaliti individu yang meminati warna merah nih.

1) Peminat warna merah seorang yang berdikari

2) Mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin dan pemenang.

3) Suka mendapat perhatian dalam aktiviti sosial.

4) Memantingkan pencapaian matlamat, bersikap kompetitif atau bersaing.

5) Mementingkan kerja berbanding keluarga.

6) Berkomunikasi secara jujur, berterus terang dan sering menggunakan bahasa yang sinis.

7) Kurang menjaga perasaan orang lain.

8) Tidak suka dikongkong, yakin pada diri dan tidak suka bergantung pada orang lain.

9) Kurang menjaga perasaan orang lain.

10) Individu digambarkan kurang sabar

11) Merancang strategi dan melihat sesuatu dalam setiap sudut.

Banyak ciri-ciri personaliti peminat warna merah nih. Korang plak suka warna apa ye? Warna merah, biru, hijau atau putih. Warna-warna selain 4 warna nih korang search la sendiri ye

Sumber : Julmazli.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...