Kadangkala cinta itu boleh membuatkan manusia gila.Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan bagi seorang insan bernama Edward Leedskalnin.
Insan yang lahir di Riga,Latvia pada 10 Ogos 1887 hanya memiliki
ketinggian 5 kaki dan berat tidak lebih 100 pound mampu membina monumen
batuan yang purata setiap beratnya adalah 5 ton.!
Edward mendapat inspirasi membina monumen
ini hanya disebabkan oleh seorang wanita, Agnes Scuffs yang telah
memutus tali pertunangan sehari sebelum majlis pernikahan mereka. Usia
beliau ketika itu ialah 26 tahun.
Dengan hati yang patah, beliau secara
berseorangan menyusun monumen batuan tanpa menggunakan sebarang jentera
berat. Monumen ini yang akhirnya menjadi terkenal dengan himpunan
pelbagai batuan dan terdapat sesetengahnya mempunyai lebar sehingga 4000
kaki tebal.!
Monumen ajaib ciptaan manusia ajaib ini
dikenali pada mulanya sebagai Rock Gate Park tetapi kemudian dikenali
Coral Castle. Pada mulanya, monumen ini terletak di Bandar Florida pada
pertengah 1920-an namun dipindahkan ke kawasan seluas 10 hektar di
Homstead, Florida pada 1936. Monumen ini kekal di sini hingga ke hari
ini.
Edward mempunyai asal-usul keluarga yang
mahir dalam seni ukiran terutama dalam seni ukiran batuan. Ajaibnya
insan bernama Edward ini kerana beliau mampu mengalihkan batuan-batuan
berat hanya menggunakan perkakas asas sahaja.
Tiada saksi yang melihat beliau
mengalihkan batuan dengan jentera pengangkut. Dipercayai, beliau hanya
membuat kerja hanya pada waktu malam sahaja bertemankan tanglung. Beliau
sering kali menggunakan papantanda ‘Lookout’ bagi memberi privasi kepada semasa berkerja pada waktu malam.
Pada 1951, papan tanda di Coral Castle bertulis ‘Going to Hospital’.
Pelawat memahami bahawa Edward Leedskalnin sedang bertarung nyawa di
hospital. Beliau disyahkan menghidapi kanser perut peringkat 3.
Akhirnya, ajal menjemputnya pada hari ke-3 beliau di hospital. Beliau
meninggal dunia pada umur 65 tahun dan membujang hingga ke penghujung
hayatnya.
Beliau pernah berkata:
I have discovered the secrets of the pyramids, and have found out how the Egyptians and the ancient builders in Peru, Yucatan, and Asia, with only primitive tools, raised and set in place blocks of stone weighing many tons!
Keajaiban Coral Castle dan Edward Leedskalnin
1. Pintu masuk utama Coral Castle
diperbuat daripada batuan yang seberat 18,000 Pound. Pintu ini
tersangat seimbang dan walaupun kelihatan sangat berat, ia boleh dibuka
hanya menggunakan satu tangan sahaja. Akan tetapi, pada 1986, pintu
besar ini rosak dan terbalik. Sebanyak 6 orang pekerja dan 50 tan
jentera diperlukan untuk memperbaiki dan mengalihkannya yang mana Edward
Leedskalnin seorang sahaja membinanya dahulu.!
2. Masih berkenaan pintu
tersebut, pintu besar ini berdiri teguh menggunakan lubang-lubang yang
ditebuk dengan kemas dan teliti. Apa yang menarik, kejituan ukuran
lubang-lubang ini perlu menggunakan laser yang canggih yang tiada pada
masa Edward hidup. Edward hanya menggunakan perkakas kerja asas bagi
menebuk dan memasang pintu besar tersebut. Sungguh menghairankan.!
3. Bermacam-macam telahan dibuat
oleh orang ramai mengenai Coral Castle. Yang paling menarik adalah
Edward Leedskalnin adalah makhluk asing!.
4. Edward Leedskalnin antara dua
orang selain daripada Nikola Tesla yang dipercayai oleh golongan
Nuwubian sebagai makhluk yang datang dari Planet Venus untuk menyedarkan
manusia mengenai kecanggihan sains dan teknologi makhluk asing.!
5. Beliau antara manusia terkecil di dunia tetapi diikhtiraf sebagai manusia terkuat dan terpintar.
6. Struktur yang paling tinggi
mengandungi 243 tan batuan dan purata berat setiap blok adalah 9 tan.
Batuan paling berat adalah seberat 35 tan.
7. Edward sering ditanya tentang
bagaimana beliau memindahkan struktur yang berat-berat kesemuanya,
beliau lantas menjawab bahawa beliau telah menjumpai cara-cara orang
Mesir purba membina piramid iaitu dengan menggunakan teknik pengampungan(levitation).!
8. Walaupun tidak suka diganggu
ketika menjalankan kerja, jangan disangka tiada siapa yang mengintip.
Pernah berlaku seorang lelaki bertindak mengintip Edward membuat kerja.
Lelaki itu terkejut apabila Edward hanya menyentuh batuan yang ingin
dipindah sambil mulut terkumat-kamit sebelum batuan itu terapung
mengikut arahan Edward. Anda percaya?terpulanglah.
takusah risau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan